PAS bukan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menasihatkan orang ramai supaya merujuk dan menyerahkan sebarang isu berkaitan Islam kepada pihak berautoriti (berkuasa) bagi mengelakkan kekeliruan,.
Seperti dipetik Bernama, beliau berkata pandangan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan tidak bersifat berat sebelah kerana berpandukan al-Quran, sunah dan ulama muktabar.
“Sekarang ini terlalu ramai yang bercakap dan memberikan pandangan, tetapi kita ada badan autoriti. Jadi serahkan kepada pihak itu untuk memberi pandangan dari sudut terbaik dan kita harus terima nasihat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyertai MAIWP Run 2026, di Putrajaya semalam.
Zulkifli mengulas isu melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Encik Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam yang dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Pada Jumaat lepas, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim dalam perbualan harian ialah harus dalam masyarakat majmuk selagi tidak merendahkan kesucian agama, mengandungi unsur penghinaan atau digunakan di luar konteks yang betul.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment