Ketegasan dan kejujuran seorang penganut agama Hindu
Jangan cuba jadi hero kaum India demi undi pilihan raya sehingga sanggup pertahan perbuatan menceroboh tanah bukan milik sendiri
PEGUAM-PEGUAM INDIA YANG LANTANG SEBELUM INI TIBA-TIBA SENYAP
Portal berita negeri kita pada Selasa, 10 Februari 2026 melaporkan Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, Encik J. Arul Kumar sebagai berkata pembinaan kuil di atas tanah bukan milik sendiri dan tanpa kebenaran perlu dihentikan.
“Saya sebagai seorang Hindu pun tidak mahu melihat kuil baru dibina sesuka hati tanpa kelulusan dan di atas tanah bukan milik mereka.
“Jika pertambahan pembinaan kuil tanpa kebenaran dan bukan di atas tanah mereka sendiri tidak dihentikan, percayalah 50 tahun akan datang pun masih bincang dan gaduh untuk perkara yang sama.
“Oleh itu, yang penting kuil baharu yang tidak ada kelulusan tidak boleh dibina.
“Pada masa sama ada juga kuil yang wujud di tanah-tanah estet di mana kuil itu menjadi tempat sembahyang untuk masyarakat Hindu pada ketika itu dan apabila pembangunan dilakukan tanpa penyelesaian kepada status kuil tersebut, menyebabkan hari ini masih ada kuil yang isu tanahnya tidak ada penyelesaian,” kata Arul Kumar.
Arul berkata, seperti mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang popular dengan panggilan PMX, menyatakan perlu ada pertimbangan sewajarnya untuk menyelesaikan isu tanah dan kuil dapat beroperasi dengan mematuhi undang-undang.
“Oleh itu, pentingnya sekarang jangan menambahkan bilangan kuil yang dibina tanpa kelulusan atau tanah yang sah.
“Selesaikan dahulu isu tanah melibatkan kuil-kuil yang lama,” jelas Arul Kumar yang juga ADUN Nilai.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment