Exco kontroversi Terengganu mengaku tidak bersalah

Agensi berita rasmi Malaysia melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Encik Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada tahun 2018 dan 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dari PAS yang berusia 66 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa sebagai pegawai badan awam, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi seorang anak lelakinya. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Epic Berhad di Pangkalan Bekalan Kemaman, dekat Teluk Kalong di Kemaman pada 15 Ogos 2018.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama bagi seorang lagi anak lelakinya pada 18 Jun 2020 di lokasi yang sama.

Pertuduhan bagi kedua-dua kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. Ia membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan, iaitu pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di pejabat Sprm terdekat setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Mohd Fadly Hashim memohon jumlah jaminan yang lebih rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai dua isteri dan 13 orang anak, selain memikul tanggungjawab besar terhadap keluarga serta masyarakat selaku wakil rakyat.

Mohd Fadly juga memohon supaya pasport antarabangsa anak guamnya tidak diserahkan kepada mahkamah memandangkan Hanafiah mempunyai keluarga yang besar. Tambahnya, sebagai seorang Adun, tertuduh perlu sentiasa berada di tanah air, sekali gus tidak mempunyai ruang untuk melarikan diri.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di pejabat Sprm setiap bulan.

Hakim juga memutuskan Hanafiah tidak perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah, namun pihak pendakwaan boleh mengemukakan permohonan semula jika tertuduh gagal mematuhi syarat melapor diri.

Tonton video 📸 :

🖕🖕Flashback

Mahkamah menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri, kata Bernama.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan