Azam Baki serah tugas beri penjelasan isu dakwaan seleweng lebih satu bilion ringgit kepada timbalannya
Dakwaan seleweng pelaburan RM1.11 bilion babit bekas menteri kanan
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (gambar, atas) sebagai berkata bahawa sebarang penjelasan lanjut berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah RM1.11 bilion membabitkan bekas menteri kanan sebuah kementerian akan dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya (gambar, bawah).
Menurut Azam, beliau tidak mempunyai perkembangan terkini mengenai status siasatan memandangkan kes itu baharu saja dilaporkan.
"Timbalan saya akan mengulas (mengenai kes itu). Sebab ini baharu dilaporkan dan saya pun tiada perkembangan terkini tentang perkara ini sama ada dia dah buka betul-betul (kertas) siasatan, siapa nak dipanggil dan sebagainya. Saya tidak mahu ulas tentang ini," beliau dipetik sebagai betkata pada sidang media selepas menghadiri program perasmian Kampung Angkat Madani di Sepang, Selangor hari ini
SPRM baru-baru ini mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis, 12 Februari lalu.
Ahmad Khusairi sebelum ini berkata, SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau berkata tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan.
Walaupun tidak menyebut nama bekas menteri kanan sebuah kementerian yang didalwa terlibat itu, Bernama dipercayai merujuk kepada bekas Menteri Ekonomi dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment