SPRM Pahang tahan Inspektor polis wanita dan adik lelaki


Disyaki terima rasuah terkumpul RM30,000 dalam tempoh 5 tahun 

Sambil mengalu-alukan tindakan, rakyat berharap SPRM Pahang juga tidak mengecualikan kes-kes rasuah berprofil tinggi melibatkan jumlah wang yang besar

Media tempatan melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor bersama adik lelakinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM30,000 antara tahun 2021 hingga 2025.

Menurut sumber yang diperolehi akhbar Sinar Harian, wang rasuah itu dipercayai diterima sebagai balasan untuk melepaskan individu yang terbabit dalam kes dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dengan menerima wang rasuah antara RM1,000 hingga RM7,000 setiap bulan melalui akaun peribadi milik suspek lelaki.

"Suspek berusia 20 dan 30-an itu ditahan secara berasingan antara jam 4.30 petang dan 9 malam pada Isnin, 19 Januari ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang.

"Suspek dibawa ke mahkamah semalam, Selasa 20 Januari untuk perintah reman," katanya.

Majistret Encik Mohd Fauzan Mohd Suhari membenarkan kedua-dua suspek direman lima hari sehingga 24 Januari depan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Encik Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book