Siapa Isham Jalil?
🎵Andai ku terbuang tak diterima... Andai aku disingkirkan🎵
Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil adalah anak ketiga dari tujuh orang adik beradik. Beliau datang dari keluarga miskin, bapanya pernah menjadi tukang kebun, pembawa lori dan peniaga pasar malam.
Ibu bapa Isham Jalil adalah akar umbi tegar UMNO. Isham Jalil telah membantu ibu bapanya dan UMNO berkempen sejak kecil iaitu sejak berumur kurang dari 10 tahun. Pada tahun 1986, beliau telah mula menampal poster BN dan membantu menulis ucapan-ucapan untuk ayahnya di peringkat cawangan semasa kempen pilihan raya.
Dari sekolah rendah Isham Jalil adalah pelajar terbaik sehingga ke sekolah menengah dan universiti. Beliau telah mendapat 5A dalam UPSR, 8A1 dalam SRP, dan 9A dalam SPM.
Oleh kerana cemerlang dalam pelajaran mahupun miskin, beliau telah mendapat biasiswa untuk ke Sekolah Alam Shah dan ke England untuk melanjutkan pengajian pada tahun 1994.
Di England, Isham Jalil menjadi pelajar terbaik lagi dan mendapat kelulusan Ijazah Kelas Pertama dalam bidang kejuruteraan dari antara universiti terkemuka di England iaitu University of Bristol pada tahun 1999.
Beliau adalah satu-satunya pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama dalam jurusannya pada tahun tersebut.
Sekembalinya ke tanahair selepas tamat pengajian, keadaan ekonomi negara teruk kerana krisis ekonomi tahun 1997-1999 dan pasaran kerja amat merudum. Isham Jalil antara yang terkesan sehingga beliau terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk mencari rezeki.
Sebelum itu, Isham Jalil juga pernah bekerja sebagai pembantu restoran dengan gaji RM1.50 sejam, pekerja kilang, penjual alat tulis dan sebagainya untuk menyara kehidupan selepas tamat sekolah dan semasa di universiti.
Pada akhir tahun 1999, Isham Jalil telah mendapat kerja di TNB sebagai jurutera pelatih dengan gaji permulaan RM1,330 sebulan.
Untuk menambah pendapatan dan mengumpul duit untuk berkahwin, Isham Jalil telah membuat kerja sampingan sebagai pensyarah sambilan pada waktu malam selepas waktu pejabat selama 4 hari seminggu daripada pukul 6 petang sehingga 10 malam di UiTM dan UTM selama tiga tahun di antara tahun 2000 ke 2003.
Isham Jalil telah berkhidmat cemerlang di TNB. Beliau telah dilantik menjadi pengurus dalam tempoh yang singkat iaitu selepas empat tahun perkhidmatan, beliau adalah antara pengurus termuda di TNB pada ketika itu.
Pada tahun 2005, 2006, dan 2007, Isham Jalil telah mendapat anugerah pekerja cemerlang di bahagiannya di TNB selama tiga tahun berturut-turut.
Pada tahun 2008, Isham Jalil telah dinaikkan pangkat dan dihantar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk membantu kerajaan menggubal dasar-dasar tenaga negara terutama yang melibatkan petroleum, elektrik dan gas.
Beliau telah terlibat dalam perangkaan Rancangan Malaysia Ke-10, Dasar Tenaga Negara 2010-2030, program rasionalisasi subsidi dan penyusunan semula industri elektrik negara.
Pada tahun 2010, Isham Jalil telah melanjutkan pengajian ke Harvard University dalam bidang political ekonomi di John F. Kennedy School of Government. Di Harvard, beliau juga mengambil jurusan minor undang-undang di Harvard Law School.
Pada tahun 2011, Isham Jalil mengambil jurusan kedua dalam bidang kewangan di Wharton School of Business dengan membuat pinjaman pelajaran.
Selepas tamat pengajian dengan ijazah sarjana dasar awam politikal ekonomi dari Harvard dan ijazah sarjana pengurusan perniagaan (kewangan) dari Wharton, Isham Jalil telah kembali ke tanah air pada tahun 2013.
Di Harvard, Isham Jalil menulis buku bertajuk "Malaysia Beyond 2020: Ideologies and Institutions for Growth". Buku ini diarkibkan di perpustakaan Harvard University.
Pada tahun 2013, Isham Jalil dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib bin Tun Razak.
Isham Jalil telah dipertanggungjawabkan untuk membuat dasar-dasar jangka sederhana dan panjang negara dalam ekonomi dan sosial.
Kerjaya Isham Jalil dalam kerajaan ditamatkan apabila BN kalah pilihan raya pada tahun 2018.
Berdasarkan hasil penyelidikan dan penulisan LOKMAN ISMAIL, seperti disiarkan oleh Walabot TV menerusi hantaran Facebook pada hari Sabtu, 24 Januari 2026.
End©Permadu
| Adaptasi oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Cerdik juga budak Isham ini rupanya....tapi dalam cerdik ada juga bodohnya. Mengapa dia bermati-matian menyokong tegar seorang pemimpin negara yang terlibat dengan jenayah menyeleweng kekayaan negara? Adakah kerana kesetiaan yang membabi buta atau kerana dia juga telah terbabit menikmati harta curian???Jeng jeng jeng....
ReplyDeleteJarang ada orang yang terlepas dari jerat duiT dan buriT ni jang.....kopiah putih di kepala pun boleh terpelanting......