Seperti dijangka, BN menang di Lamag

Miha (kiri) berucap pada sidang media selepas diumumkan memenangi kerusi berkenaan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK di Dewan Sri Lamag. Turut hadir Naim Moktar.
Gambar Bernama

Agensi berita rasmi Malaysia, Bernama melaporkan awal pagi semalam, Ahad  25 Januari 2026, di Kinabatangan Sabah, Encik Mohd Kurniawan Naim Moktar yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat di kawasan itu kerana telah memilih beliau sekali gus mempertahankan kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan itu menyifatkan mandat yang diberikan pengundi merupakan satu tanggungjawab besar dan beliau bertekad untuk memastikan iltizamnya untuk bekerja membangun masyarakat di kawasan berkenaan dilaksanakan.

Dikenali dengan nama Naim Moktar, beliau berkata penghargaan turut dirakamkan kepada Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang banyak membantu kepada kemenangannya  pada Sabtu malam, 24 Januari itu.

"Terima kasih tidak terhingga kepada ibu saya, seluruh jentera BN dan jentera parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan Sabah. Paling saya hargai adalah seluruh masyarakat (Kinabatangan) yang telah meraikan demokrasi kita pada hari ini.

"Sudah semestinya, mandat ini datang dengan tanggungjawab besar dan janji saya pada semua adalah bekerja untuk masyarakat yang telah memilih saya. Insya-Allah, saya akan terus memberi khidmat bakti yang bermanfaat untuk rakyat di sini," katanya kepada pemberita di Kinabatangan.

Sementara itu, Encik Mohd Ismail Ayob, 44, berkata kemenangannya sebagai mandat untuk membawa suara rakyat Lamag ke Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meneruskan khidmat bakti yang sebelum ini digerakkannya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Lamag yang tidak henti-henti menyokong. Mudah-mudahan berakhirnya pilihan raya pada hari ini, kita satukan kembali hubungan kita dan jadikan Lamag sebagai satu daerah untuk berpadu semula dalam kalangan kita," katanya.

Pada PRK Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi menewaskan dua pencabarnya, iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan dan calon Bebas Encik Goldam Hamid.

Di DUN Lamag, Mohd Ismail memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan Puan Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book