Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Di SEREMBAN, agensi berita rasmi Malaysia BERNAMA melaporkan Tunku Kecil Muda, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mendahului senarai 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Beliau yang juga Penyelia Adat Istiadat Istana Besar Seri Menanti itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Enam individu pula dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Utama Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Sufian Jusoh.

Selain itu, Pakar Perunding Ortopedik Hospital Tuanku Ja'afar Dr Abdul Muttalib Abdul Wahid, Panglima Armada Barat Laksamana Madya, Datuk Pahlawan Mohamad Azuwan Harun serta Peguam dan Rakan Kongsi Kanan Firma Mohamed Ridza & Co, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla.

Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Penghulu Luak Jempol Mazri Mansol, Peguam dan Rakan Kongsi Firma Guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS), S Saravana Kumar, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Suhana Dewi Selamat dan Pakar Neurologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Prof Madya Dr Wan Asyraf Wan Zaidi.

Sementara itu, 20 penerima dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, Dr G Rajasekaran (Sri Tanjung) dan Yew Boon Lye (Chuah).

Turut menerima anugerah sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Mohd Asri Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 12 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) (satu), Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (24) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (71) serta Setiawan Tuanku Muhriz (STM) (satu).

Dalam pada itu, 147 individu dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula dianugerahkan kepada 229 penerima termasuk wartawan BERNAMA, Nursyabiha Sukri.

Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM) pula dianugerahkan kepada lapan penerima manakala Pingat Khidmat Lama (PKL) (tujuh).

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini, Rabu 14 Januari 2026, bagi sesi pertama manakala sesi kedua dijadualkan pada 20 Januari dan sesi ketiga pada 27 Januari ini. 


Kami memohon maaf di atas kelewatan hantaran artikel bertarikh Rabu 14 Januari 2026 disebabkan masalah teknikal.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book