Raja Melayu paling lantang zahir rasa kecewa

Akhbar dan portal Bahasa Melayu Berita Harian melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melahirkan kebimbangan terhadap gejala rasuah yang dilihat semakin berleluasa dan amat membimbangkan.

Baginda kecewa kerana wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang disabitkan kesalahan rasuah amat besar, seolah-olah perbuatannya diterima dan dimaafkan.

"Beta amat terperanjat dan kecewa apabila masih wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah yang amat besar, seolah-olah perbuatan itu boleh diterima dan dimaafkan.

"Sikap sedemikian bukan sahaja mencerminkan kegagalan memahami bahaya rasuah yang meruntuhkan integriti institusi dan asas moral masyarakat, malah menuntut penilaian yang lebih mendalam terhadap akidah, prinsip hidup dan nilai pegangan diri.

"Beta menyeru kepada mereka yang masih menyokong penjenayah seperti ini segera bermuhasabah diri serta menilai semula pendirian dan kepercayaan masing-masing.

"Ini kerana rasuah adalah musuh utama kepada keadilan, amanah dan masa depan negara dan sama sekali tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang," titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-78 baginda di Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah, hari ini.

Selain itu, baginda turut menggesa kerajaan negeri supaya memperkukuhkan usaha menangani kos sara hidup supaya tiada rakyat tercicir, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Pencapaian mengurangkan kemiskinan tegar wajar diperkasakan melalui bantuan bersasar, kawalan harga, jaminan makanan serta peningkatan peluang pendapatan secara tersusun.

"Beta menyeru rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemat, meningkatkan ilmu dan kemahiran serta menyokong inisiatif kerajaan negeri," titah baginda.

Tuanku Muhriz menggesa kerajaan mempergiatkan penyediaan kemudahan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Sambil menyambut baik cadangan naik taraf dan peluasan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban bagi meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan, baginda juga berharap pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dapat dipertimbangkan dengan teliti kerana ia berpotensi memperkukuh perkhidmatan kesihatan negeri ini.

Dalam pada itu, Tuanku Muhriz menitahkan supaya penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri supaya sentiasa memelihara imej, tatasusila, tingkah laku dan keperibadian bagi menjaga kemulian dan pengiktirafan yang telah dikurniakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta bakti yang telah mereka berikan.


Istiadat hari ini, Rabu 14 Januari 2026, menyaksikan Tunku Kecil Muda, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mendahului senarai 532 penerima.

Beliau yang juga Penyelia Adat Istiadat Istana Besar Seri Menanti itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri.


Kami memohon maaf di atas kelewatan hantaran artikel bertarikh Rabu 14 Januari 2026 disebabkan masalah teknikal.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book