Mohamad Hasan tak matang, malukan orang Melayu

Khazanah Nasional jual aset Tabung Haji, salahkan DAP

Portal berita terkenal dan lantang di Malaysia, Malaysiakini melaporkan semalam bahawa Setiausaha Agung DAP Encik Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak terlibat dalam penjualan aset kerajaan – apa lagi yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad dan Tabung Haji – semasa pentadbiran Pakatan Harapan antara 2018 hingga 2020.

Loke berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan kelmarin, yang membayangkan DAP bertanggungjawab atas penjualan saham IHH Healthcare Bhd milik Khazanah serta sebidang tanah di Kuala Lumpur yang dimiliki Tabung Haji.

“Tak ada wakil DAP dalam lembaga pengarah Khazanah, (memang) menteri kewangan DAP (Lim Guan Eng) tapi tak dilantik duduk.

"Pengerusi Khazanah (ketika itu) Tun Mahathir, menteri yang dilantik duduk ialah menteri ekonomi, Azmin Ali, yang duduk dalam Khazanah tak ada wakil DAP.

“Apa-apa keputusan Khazanah kenapa salahkan DAP,” soal Loke ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor di Klang, Selangor, semalam.

Kelmarin, Mohamad berkata keputusan parti itu untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan merupakan strategi bagi mengelakkan berulangnya 'Pakatan Harapan 1.0'.

Sebenarnya, sayang jawatan menteri

"Maka bersoraklah mereka jika kita buat begitu (keluar kerajaan). Ini pun yang mereka nak, maka berulanglah kembali kerajaan PH 1.0, di mana mereka dengan sewenang-wenangnya buat apa saja mereka suka kerana tak ada suara yang akan membantah, membangkang apa juga mereka lakukan," katanya.

Mohamad merujuk kepada beberapa insiden yang didakwa berlaku akibat Pakatan Harapan menerajui kerajaan tanpa campur tangan UMNO.

Antaranya termasuk penjualan beberapa aset strategik kerajaan, termasuk pegangan Khazanah Nasional dalam IHH Healthcare Bhd serta sebidang tanah di Kuala Lumpur milik Tabung Haji

Walaupun ahli parlimen Rembau itu tidak menamakan sesiapa, dia dipercayai merujuk kepada DAP.

Mohamad mendakwa IHH dijual bukan demi keuntungan, sebaliknya kerana syarikat tersebut ditubuhkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada pakar perubatan Melayu.

Mengulas dakwaan Mohamad berhubung Tabung Haji, Loke sekali lagi menegaskan DAP tidak mempunyai sebarang peranan dalam pengurusan dana jemaah haji itu.

“Tabung Haji sudah tentu bukan dipegang atau wakil DAP, sudah tentu (kalau betul) riuh rendah ketika itu," kata Loke berseloroh.

‘Guan Eng suntik dana Tabung Haji’

Menteri Pengangkutan itu turut memuji penasihat nasional DAP Encik Lim Guan Eng, yang merupakan menteri kewangan ketika itu, atas usahanya “menyuntik dana untuk menyelamatkan” Tabung Haji.

Loke menegaskan Timbalan Presiden UMNO tidak berbahas secara matang dan berasaskan fakta.

“Timbalan Presiden UMNO cakap perlu terus dalam kerajaan (supaya) tidak kembali ke PH 1.0.

"Dia bagi beberapa contoh, kalau pergi balik, hospital dijual, hospital yang dimiliki Khazanah dijual kepada syarikat bukan bumiputera, tanah Tabung Haji dilepaskan dijual.

“Seolah semua keputusan (DAP)...Kita berpolitik kena secara matang, berhujah kena secara fakta, (dakwaan) ini tak betul," jelasnya, seperti dipetik Malaysiakini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book