Menyambut ketibaan tokoh berpotensi sebagai ahli baru Kelab Kluster Mahkamah yang terkait

🎵 Ku Sambut Mesra🎵

Agensi berita rasmi negara Bernama melaporkan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam menetapkan 17 hari bermula pada 7 Mei untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang berdepan dengan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun, bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Hakim Puan Suzana Hussain menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Elyza Amira Habeeb Rahman dan peguam Encik Tang Jia Yearn yang mewakili Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.

Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh

"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 dan 8 Mei, 5 Jun, 20 hingga 22 Julai, 28 Ogos, manakala Oktober pada 5 hingga 7, 19 hingga 21 serta 1 hingga 4 Disember 2026. Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan kes pada 18 Mac ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi," kata Suzana.

Terdahulu, Elyza Amira memohon tarikh sebutan untuk pihaknya menyerahkan senarai saksi pendakwaan yang akan memberikan keterangan di mahkamah.

"Kita juga akan memaklumkan kepada mahkamah tentang status rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi pada tarikh sebutan kes itu nanti," katanya yang turut memaklumkan tarikh pendengaran rayuan berkenaan pada 6 Mac ini.

Pihak pembelaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes membabitkan Abdul Hamid Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd dibicarakan bersama.

Pada 5 April 2023, Abdul Hamid Shaikh, 52, didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan serta pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai hingga Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hydroshoppe turut berdepan pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh, iaitu menawarkan suapan kepada Tan bagi faedah Annuar dengan niat yang sama di lokasi dan tarikh serupa.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana lebih tinggi atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book