Kritikan Terhangat Di Pasaran Paksa MB Selangor Umum Projek Ladang Babi Dibatal Sementara

Media hari ini melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sementara projek penternakan babi di Bukit Tagar susulan kegusaran dan bantahan orang ramai.

Beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu sementara mencari lokasi baharu, selain keperluan mengadakan perbincangan bersama dengan pengusaha ternakan serta memberikan penjelasan kepada semua pihak atas salah faham yang timbul.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada hubungi saya melalui telefon ketika saya berada di luar negara.

"Isu itu dah melampaui daripada hal sebenar dan realiti sebenar, jadi kita tangguh dan batalkan buat sementara, setelah kita dapat pilihan tapak ataupun kaedah lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Dewan Raja Muda Musa, di Shah Alam hari ini seperti dipetik agensi berita rasmi nasional Bernama.

Amirudin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga telah mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim mencari kawasan alternatif bagi projek berkenaan.

“Pada hari Rabu (lepas), MMKN memang telah memberikan arahan untuk mencari alternatif kawasan kerana kita lihat ada bantahan keras, kemudian diikuti pula dengan cadangan Perdana Menteri yang saya sambut baik," katanya.

Amirudin berkata isu berkenaan masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan kerana tiada kertas kerja atau kelulusan rasmi dikemukakan, namun persepsi awam bahawa projek akan dilaksanakan segera telah menyebabkan kekeliruan dan mendorong kerajaan negeri mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

“Isu ini jadi pramatang. Penglibatan dengan masyarakat, penilaian impak sosial (SIA) dan proses lain sepatutnya dibuat terlebih dahulu. Kita akui mungkin ada pengumuman yang mendahului proses sepatutnya,” katanya. 

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan sinis bahawa projek di Bukit Tagar akan dibangunkan seperti "hotel babi", sambil menekankan bahawa keutamaan kerajaan negeri adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak secara adil.

Selain itu, Amirudin berkata kerajaan negeri tidak bercadang membangunkan projek penternakan berskala besar seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

“Bukan mega, bukan besar-besaran. Anggaran mungkin kira-kira 20 hingga 30 peratus (keperluan) sahaja. Dakwaan ‘mega’ itu berlebihan,” katanya sambil menambah bahawa matlamat utama kerajaan negeri adalah untuk menyusun semula penternakan babi yang berselerak bagi mengawal isu kebersihan dan alam sekitar.

Pada 10 Januari, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Sementara itu, pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengesyorkan supaya projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book