Dulu cakap PAS ada 5 lori Anwar Ibrahim, sekarang cakap penamatan keahlian ADUN Perlis belum muktamad

Selepas jumpa Muhyiddin, Mursyidil Am PAS kelihatan tukar pendirian pula

Keputusan pemberhentian keahlian tiga bekas ADUN Perlis merupakan keputusan kepimpinan pusat parti yang "muktamad" dan "bukan arahan peribadi Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang," sebuah portal berita terkenal memetik penjelasan Encik Syahir Sulaiman, selaku setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Marang itu.

"Sebagai pencerahan, Fasal 15A Perlembagaan PAS (Pindaan 2025) berkaitan Keberhentian Ahli Badan Perundangan PAS telah diluluskan oleh Muktamar PAS dengan sokongan sebulat suara. Di penghujung fasal tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa “… keputusan adalah muktamad.”

"Justeru, ketetapan ini adalah keputusan Muktamar (PAS), selaku badan tertinggi parti," katanya pada hantaran di media sosial semalam.

Kenyataan Syahir itu dibuat sebagai maklum balas terhadap laporanportal berkenaan, Malaysiakini yang memetik Mursyidul Am PAS, Encik Hashim Jasin, sebagai berkata masih terdapat kemungkinan penyelesaian berhubung kedudukan tiga ADUN terbabit kerana keputusan berkenaan tertakluk kepada pertimbangan Majlis Syura.

Menurut Hashim, segala ketetapan yang dibuat oleh presiden PAS berhubung kedudukan tiga Adun terbabit belum muktamad sepenuhnya kerana kuasa akhir terletak di tangan Majlis Syura.

Hashim mengulas kunjungan hormat daripada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, pemimpin Bersatu Perlis serta tiga bekas Adun PAS berkenaan. Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil turut kelihatan hadir dalam pertemuan bersama Hashim itu.

Muhyiddin berkunjung ke Perlis kira-kira sebulan selepas anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Shukri Ramli, meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Mohd Shukri terpaksa berundur selepas gagal mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

Mohd Shukri berdepan dengan lapan perakuan berkanun (SD) yang dikemukakan Adun Perlis, dengan tiga daripadanya ditandatangani Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

PAS kemudian memberhentikan keanggotaan ketiga-tiga Adun terbabit. PAS menganggap kejadian tersebut – yang menyaksikan Adun Bersatu menjadi menteri besar – melibatkan pengkhianatan.

Ia juga sempat menimbulkan ketegangan hubungan di antara PAS dan Bersatu sehingga membawa kepada desakan agar Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Sementara itu, Syahir yang juga ahli parlimen Bachok berkata PAS Pusat hanya melaksanakan mandat muktamar, dengan mengambil kira keseriusan pelanggaran yang dilakukan oleh tiga Adun berkenaan, dan bukan bertindak atas budi bicara individu.

Beliau turut menjelaskan keputusan yang dibuat pada 24 Disember 2025 itu berasaskan pengakuan yang diberikan sendiri oleh ketiga-tiga bekas Adun tersebut kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dalam mesyuarat di Pejabat Agung PAS pada 21 Disember lalu.

Dalam pada itu, Syahir turut menolak sebarang tanggapan wujud perpecahan dalam kepimpinan tertinggi parti susulan kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

"Adapun hubungan antara tuan guru presiden PAS, tuan guru mursyidul am PAS, seluruh ahli jawatankuasa PAS pusat serta ahli majlis syura ulama sentiasa terpelihara dan kekal utuh, insya-Allah," katanya lagi.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata keahlian tiga ADUN PAS Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), yang merujuk kepada tindakan menyokong atau bertindak bertentangan dengan arahan dan pendirian parti.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book