Apa kata kerajaan "upgrade" separuh dari Sekolah-sekolah Kebangsaan (SK) menjadi SJK Cina dan SJK Tamil

BIAR KITA DIPANDANG HINA, ASALKAN KITA SUCI DALAM DEBU

Saya tertarik membaca sebuah artikel ringkas hasil tulisan penulis blog dan penganalisis politik dan sains terkenal, Tuan Syed Akbar Ali, disiarkan di blog beliau, OutSyed The Box pada hari Selasa, 13 Januari 2026.

Artikel tersebut betajuk BERITA BERGAMBAR: LAGI RAMAI IBU BAPA MELAYU DAFTAR ANAK DI SEKOLAH CINA.

Syed Akbar memaparkan gambar hari pertama Tahun Sekolah 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Chee di Segambut, Kuala Lumpur.

Menurutnya, ramai pelajar Melayu memasuki sekolah Cina ini. 

"Mereka sudah pun mempunyai masa depan yang baik dan membuka banyak peluang baru. Bukan saja mereka akan menguasai bahasa Mandarin (lisan dan bertulis) tetapi mereka akan dididik dalam suasana sekolah Cina yang berdisiplin, menekankan pendidikan STEM dan evidence based (pendidikan berasaskan fakta dan bukti). 

"Mereka juga akan terlibat pelbagai aktiviti sukan, kegiatan di luar bilik darjah dan dan sebagainya.    

"Satu langkah yang bijak oleh ibu bapa serta anak-anak ini," kata Syed Akbar Ali.

Berdasarkan pemerhatian kami, pandangan Syed Akbar banyak yang mendahului zamannya sehingga menyebabkan ramai orang Melayu merasa kurang senang dengan pemikiran sebegini.

Kebanyakan yang memandang serong kepada beliau adalah "pejuang Melayu" yang kononnya sangat menjaga kepentingan Melayu dari perspektif yang sempit lagi cetek. Perkembangan yang sudah berlarutan kesekian lama ini sangat merbahaya, berunsur kejam dan merugikan orang Melayu sendiri.

Pada masa sama, mereka ini jugalah dipercayai paling rakus dan buas membaham dana awam untuk kepentingan mereka sendiri bersama keluarga, menantu, anak beranak, kawan rapat, kroni, proksi dan yang sewaktu dengannya, lalu terciptalah kumpulan kelompok kecil yang dinamakan golongan elit.

Majoriti Melayu kekal kurang berubah, sekadar menikmati BR1M, yang sudah banyak kali ditukar nama mengikut kerajaan baru yang mengambil alih pemerintahan sehingga sekarang.

Demi kepentingan dan masa depan orang Melayu, saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan dengan serius untuk meng"upgrade" separuh dari Sekolah-sekolah Kebangsaan (SK) menjadi SJK Cina dan SJK Tamil.

Tanpa perlu rasa malu, defensif dan berselindung, SKJ Cina dan SKJ Tamil didapati lebih maju, dinamik dan berjaya khususnya dalam bidang matenatik dan sains.

Sudah tiba masanya kita berhenti terlalu banyak berpolitik, beretorik tentang pelajaran dan pendidikan.

Jadikan bangsa Melayu kembali gagah, progresif, maju dan berjaya di dunia dan akhirat.

Jadikan bangsa Melayu mampu bersaing dengan bangsa lain di gelanggang yang sama. Ini kerana orang Melayu sebenarnya mampu melakukannya.

Jangan Jadikan orang Melayu hanya hebat di bawah tempurung.

Jangan takut belajar Bahasa Cina dan Tamil atas alasan bimbang Bahasa Melayu akan pupus.

PANDANGAN SAYA MUNGKIN AKAN DIKECAM OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU, NAMUN PERCAYALAH, DI SUATU HARI NANTI KITA AKAN DAPAT MELIHAT KEBENARANNYA

Ayuh Melayu, ayuh Malaysia.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book