Anwar, Zahid dijangka kalah bertanding kerusi Parlimen dalam PRU akan datang

Seorang penulis blog dan penganalisis politik terkenal di Malaysia meramalkan dua orang pemimpin tertinggi kerajaan Madani akan kalah bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan, 2027.

Meskipun Tuan Syed Akbar Ali, pemilik dan penulis blog OutSyed The Box, tidak menyebut nama, Permadu Malaysia percaya beliau merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar merupakan Ahli Parlimen Tambun, Perak, presiden PKR, pengerusi Pakatan Harapan dan ketua gabungan induk kepada beberapa gabungan parti politik seluruh negara yang akhirnya berjaya membentuk kerajaan perpaduan, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Kerajaan perpaduan terpaksa dibentuk di hujung tahun 2022 selepas PRU-15 menyaksikan tiada gabungan dan parti yang mencapai mandat kemenangan majoriti mudah bagi melayakkan mereka menubuhkan kerajaan.

Manakala Zahid pula ialah Ahli Parlimen Bagam Datuk, Perak, presiden UMNO, serta Pengerusi Barisan Nasional.

Merujuk kepada seruan presiden UMNO di perhimpunan agung parti itu minggu lepas untuk menubuhkan gabungan agung Melayu, Syed Akbar menyifatkan kolaborasi agung Melayu itu sebenarnya mengarut dengan tujuan tersembunyi untuk menyelamatkan tengkok dua pemimpin hampir padam".

Sebelum itu, di Perhimpunan Agung UMNO, Zahid dilaporkan berkata beliau mahu satukan semua parti Melayu, Islam di bawah 'kolaborasi agung'

Menurut Zahid kolaborasi agung itu dapat menyatukan roh dan perjuangan parti Melayu, menjadikannya sebagai satu gabungan besar yang "tidak mengganggu gugat kerajaan", tidak akan ada agenda untuk 'tebuk atap' mengetepikan warna berbeza dalam kalangan parti Melayu.

Berikut adalah pandangan Syed Akbar yang dipetik dari siaran blog beliau, bertarikh Isnin, 19 Januari 2026:

"Poo kanan poo kiri. Ini memang first class bullshit boleh gempak seantero dunia.

"Tuan-tuan ini keadaan sebenarnya. Si penari lagu Tamil itu sudah tidak ada kawasan di mana dia boleh dijamin menang. Kerusi 'family' mereka di Pulau Pinang (Permatang Pauh) sudah melayang. Kerusi kawasan tepi laut pun sudah melayang. Sekarang kerusi kawasan Cina tanam halia pun sudah melayang.

"Soalan besar adalah di mana dia boleh bertanding dan dijamin menang? The answer is: siapa pun tidak boleh jamin. Kekawan parti Cina yang dulu sangat kuat sekarang sudah jadi sangat lemah.Di Sabah baru ini parti Cina itu kalah 8 - 0. Lapan kosong.Jadi kalau parti Cina rela 'hadiahkan' safe seat pun, tidak ada jaminan menang.

" Let's say depa bagi laluan di Seputeh, tidak ada jaminan boleh menang Seputeh. Bayangkan si penari lagu Tamil itu kalah. End of story.

"Pemimpin seorang lagi memang khuatiri tengkok dia. Kalau parti lawan menang kemungkinan besar kes DNAA dia akan timbul kembali. This time tak ada orang yang boleh tolong dia. Kut-kut dia akan duk main terup dengan 'ex' presiden di Bamboo River Resort.

"Inilah keadaan mereka yang sebenarnya. Sabah sudah melayang. PRN ENAM negeri (2023) depa kena tendang. Di dua negeri depa masing-masing dapat ZERO kerusi. PRU 2022 depa semua kalah. Hung Parliament.

"Akhir sekali depa dilantik ikut ketetapan Perlembagaan. Selected bukan elected. Si anak perempuan pun tewas kepada ostad putar alam. Inilah keadaan mereka sebenarnya.

"Kemungkinan paling besar kedua parti mereka akan terkubur pada PRU 16 akan datang. Seperti Fukuyama kata 'End of History'.

"This is where Bersatu dan PAS stop bullshitting dan perlu susun langkah dan strategi untuk menghadapi PRU. Dato Sri Hamzah Zainuddin harus menerajui Bersatu dan PN. PAS mesti tukar nada dan rentak parti.

"Negara kita punyai 34 juta penduduk, di mana 40% atau lebih bukan Melayu (termasuk bumiputra Sabah dan Sarawak). Undi Melayu pula berbeza-beza. Jadi PAS tidak boleh membentuk kerajaan dengan undi Islam sahaja. Walaupun sudah begitu lewat tapi Pas perlu duduk semeja dengan kesemua rakyat daripada pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan agama dan tanya mereka secara ikhlas dan serius 'What can I do for you?' 

"Untuk mewakili semua rakyat negara, PAS perlu menukar imej parti kampong dan mengganti calon-calon ostad yang tidak menunjukkan kemahiran dan wibawa. PAS perlu jejak kaki di abad ke 21," kata pemilik dan penulis blog yang mempunyai lebih 100 juta pengunjung itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book