Polis tahan 208 orang di kelab kesihatan "seksual luar kenormalan"

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan seramai 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar berkata operasi pada 8 malam itu dilaksanakan KL Strike Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selepas dua minggu risikan dan pemantauan.

“Kami menahan keseluruhannya 201 pengunjung dan tujuh pekerja berumur antara 19 hingga 60 tahun, termasuk 24 warga asing.

“Kami turut merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral,” katanya pada sidang media di lokasi, selepas operasi selama hampir empat jam itu tamat.

Beliau berkata premis dua tingkat terbabit beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas, dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam semasa hari bekerja, manakala pada hujung minggu bermula dari 3 petang hingga 11 malam.

Mohd Azani berkata pusat kesihatan berkenaan mempromosikan premis itu melalui media sosial seperti TikTok serta hebahan daripada pelanggan tetap.

“Pengunjung dikenakan bayaran RM35 setiap kemasukan, manakala pelanggan baharu perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran sebelum menerima kad keahlian,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Tinjauan agensi berita itu di lokasi mendapati pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, pelajar dan pelancong asing, dengan kebanyakannya mengakui mereka mengetahui tentang premis itu melalui media sosial.

Suasana kelam-kabut turut berlaku apabila sebahagian pengunjung cuba menutup muka dan beredar bagi mengelakkan identiti mereka dirakam, namun tidak berjaya meloloskan diri.

Pemerhatian agensi berita itu juga mendapati premis berkenaan mempunyai beberapa ruang tertutup termasuk bilik kecil, kawasan separa gelap, selain kemudahan sauna dan jakuzi yang dipercayai menjadi tarikan utama pengunjung.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim