Netizen desak tindakan tegas terhadap menteri merokok dalam restoran
Dr. Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas gambar tular memaparkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sedang merokok di sebuah restoran.
“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang’,” katanya di laman X.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan |
Terdahulu, gambar itu yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Mohamad memegang rokok di sebuah restoran sekali gus mengundang pelbagai reaksi.
Bagaimanapun, lokasi dan waktu gambar itu diambil tidak dapat dikenal pasti.
Sehubungan itu, rata-rata meminta pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan tegas berhubung perkara terbabit.
“Sekarang ini nak tahu berani tak ambil tindakan dekat menteri?” soal Adee.
“Tolong ambik tindakan. Jangan cakap sahaja,” jelas Seroja.
Terkini, Sinar Harian melaporkan sebentar tadi Mohamad Hasan akan diberi notis kesalahan dan kompaun atas kesalahan merokok di kawasan larangan.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa Mohamad hari ini untuk berbuat demikian.
"Pejabat Menteri Luar telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Jujurnya, Mohamad sendiri minta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar," katanya menerusi aplikasi X hari ini, Rabu 18 Disember 2024.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment