Menyanyi di TikTok jadi sumber rezeki penyanyi Ramlah Ram
Ramlah Ram okay sahaja dilabel penyanyi TikTok
Media hiburan tempatan melaporkan penyanyi veteran sepanjang zaman, Ramlah Ram memberitahu dia tidak kisah jika dirinya dilabel sebagai penyanyi TikTok kerana kerap tampil di platform berkenaan.
Ramlah berkata dia akui dirinya lebih aktif menyanyi di media sosial berbanding dahulu yang sering melakukan persembahan di atas pentas.
"Saya tak kisah kalau ada orang nak cakap saya penyanyi media sosial kerana bagi saya kita semua ikut peredaran zaman dan saya sebenarnya gembira dengan apa yang saya lakukan."
"Memang saya akui saya sekarang banyak menyanyi terutama di TikTok. Setidak-tidaknya peminat boleh lihat atau ikuti perkembangan saya."
"Tiada apa yang salah atau nak dimalukan sebab memang zaman sekarang platform sebegini ramai yang gunakan. Bukan saya sahaja."
"Tiada apa yang pelik saya rasa. Sekurang-kurangnya kita sebagai penyanyi boleh bersembang dengan peminat kita."
Penyanyi ‘Sesaat Kau Datang’ itu turut memberitahu jika berkelapangan dia akan melakukan siaran langsung (live) untuk menghiburkan dirinya bersama peminat.
Penyanyi berprofil tinggi berusia 59 tahun ini turut berkata menyanyi di TikTok merupakan sumber rezeki buatnya dan menerusi platform itu, dia dapat menjadikan peminat terus mengingatinya dan mengubat kerinduan dirinya sendiri dalam nyanyian.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment