Kes berunsur jenayah gangguan seksual, perlu siasatan polis, bukan dalaman, kata penulis blog terkemuka

Tuan Syed Akbar Ali, pemilik dan penulis blog OutSyed The Box (OSTB)

Seorang penulis blog terkenal yang mempunyai lebih 100 juta pengunjung, semalam berkata kes seorang profesor Universiti Malaya yang didakwa menghantar gambar dirinya berbogel kepada seorang pelajar perempuan adalah serius dan berunsur jenayah gangguan seksual.

Justeru, Tuan Syed Akbar Ali, pemilik dan penulis blog OutSyed The Box (OSTB), menegaskan kes berkenaan perlu disiasat oleh pihak polis, bukan secara dalaman oleh institusi pengajian tinggi awam itu.

"PROFESSOR HANTAR GAMBAR BOGEL? AND THEN WHAT?" begitulah tajuk artikel beliau yang disiarkan OSTB semalam, Selasa 17 Disember 2024.

Syed Akbar menulis sebagai mengulas sebuah artikel terbitan Permadu Malaysia pada hari yang sama berkaitan isu ini.

"Menurut sumber pelajar tanpa nama, profesor itu mempunyai sejarah dakwaan gangguan seksual dan telah dilaporkan oleh pelajar sebelum ini," beliau memetik artikel berkenaan.

" Jadi soalannya tuduhan ini betul atau tidak? Gambar itu sudah ada. Forensik polis boleh tentukan dalam sekelip mata saja jika gambar itu gambar benar atau palsu.  

"Kes ini bukan untuk dibincang oleh mesyuarat cleaner atau janitor di universiti. Kes ini adalah serius dan menunjuk kepada jenayah. Kes ini harus disiasat oleh polis. Jika didapati benar atau berasas maka professor itu harus ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. 

"Pelik betul-lah IPTA kita. Hari itu ada kes kadet di IPTA bunuh kadet. Lepas itu ada satu lagi kes kadet bunuh kadet. Sekarang pula tuduhan professor tunjuk gambar bogel dia," katanya.

Syed Akbar seterusnya mengajukan soalan kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir: "Hello Menteri Higher Education - what is going on?"

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!