Kepandaian paling kreatif boss-boss TNB ialah menaikkan tarif elektrik

Hampir semua GLC memang kreatif bab macam ini

Semalam, portal berita pro-pembangkang yang kelihatan semakin mendapat keyakinan dan kepercayaan pembaca, sekali lagi mengkritik kerajaan Madani yang agak mengelirukan rakyat akhir-akhir ini.

Menurut portal berkenaan, MalaysiaNow, pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bahawa Tenaga Nasional (TNB) tidak merujuk kementeriannya mahupun Suruhanjaya Tenaga (ST) sebelum mengumumkan kenaikan tarif elektrik untuk Semenanjung Malaysia baru-baru ini mencetuskan satu lagi kontroversi melibatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menimbulkan persoalan siapa yang meluluskan kenaikan itu yang bakal memberi kesan kepada berjuta-juta pengguna seluruh negara.

Fadillah, yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air, berkata kementeriannya dan ST masih belum memuktamadkan jadual tarif baharu.

Menurutnya, kedua-duanya juga belum dirujuk atau dimaklumkan oleh TNB, syarikat GLC yang dimiliki kerajaan melalui Khazanah Nasional.

Bagaimanapun, TNB pada Khamis 26 Disember 2024, menyatakan kenaikan itu telah diluluskan oleh kerajaan dan ST dalam surat bertarikh 24 Disember 2024.

Seorang penyokong kuat bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kerap memuat naik ulasan politik semasa mempersoalkan kesahihan surat tersebut.

"Adakah surat daripada ST itu benar-benar wujud?" soal Encik Eric See-To, menulis menggunakan nama samarannya di Facebook, Lim Sian See.

"Jika wujud, adakah ia sahih? Adakah surat tersebut dikeluarkan oleh ST setelah melalui proses kelulusan yang sepatutnya, atau sebaliknya.

Menurut portal yang conndong menyokong PN ini, mereka sedang cuba mendapatkan respon pengerusi ST, Datuk Mohamad Razif Abd Mubin.

Semakan yang dilakukan portal pro-pembangkang ini di laman web ST menunjukkan sebuah kenyataan bertarikh 24 Disember, mengumumkan pelarasan tarif untuk pengguna di Kulim Hi-tech Park di Kedah mulai tahun depan.

Dalam pengumuman difailkan di Bursa Malaysia pada 26 Disember, TNB mengumumkan kenaikan 14% dalam tarif asas bagi tempoh 2025-2027.

Susulan itu, Anwar yang juga pengerusi Khazanah memberi jaminan majoriti pengguna tidak akan terjejas dengan langkah itu.

"Secara terperincinya TNB dan Fadillah akan menjelaskan," kata Anwar kepada pemberita kelmarin, walaupun beliau tidak menyentuh sama ada kenaikan yang diumumkan oleh TNB telah mendapat kelulusan kerajaan.

Fadillah bagaimanapun berkata kementerian beliau dan ST belum memberikan sebarang kelulusan kepada TNB, sambil menambah pengumuman kenaikan tarif elektrik akan hanya dibuat oleh kerajaan.

Eric berkata adalah menjadi kesalahan jenayah sekiranya syarikat mengeluarkan pengumuman tidak benar atau yang belum diluluskan kepada Bursa Malaysia.

"Pengumuman tidak tepat memberi kesan kepada nilai dan prospek TNB," katanya merujuk kepada nilai saham TNB yang mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada RM252.7 juta semalam.

Beliau memberi amaran harga saham akan jatuh sekiranya kerajaan menarik balik pengumuman tersebut, sambil menambah ini akan menyebabkan kerugian kepada pelabur yang sebelum ini membeli saham TNB pada harga tinggi.

Beliau berkata pelabur boleh menyaman TNB atas kerugian itu jika didapati pengumuman itu tidak benar atau belum diluluskan.

"Insiden ini telah merosakkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap Malaysia, kerana TNB merupakan salah satu syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia," tambah Eric.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!