Kalau MalaysiaNow milik Azmin, apa masalahnya


Dengar khabarnya portal berita pembangkang ini adalah milik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas timbalan presiden PKR, kini pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih popular dengan nama Bersatu. Namun, betul atau tidak, tiada bukti bertulis yang dapat mengesahkannya.

Ada logik juga. CEO dan ketua pengarang difahamkan adalah adik beradik Puan Latifah Bibi Koya, bekas ketua pesuruhjaya SPRM di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM atas tiket Pakatan Harapan (Mei 2018-Februari 2020).

Pada masa itu, Azmin, dilihat ramai umpama anak kesayangan Mahathir. Dari MB Selangor, dilantik menjadi menteri ekonomi (Macam Encik Rafizi Ramli sekaranglah agaknya). Latifah Koya pula sangat ketara penyokong kuat Azmin Ali. Jadi bila seorang tokoh berkalibar seperti Latifah nampak sangat berat sebelah dan tidak neutral, menyokong membabi buta Azmin, kredibiliti beliau telah terjejas dengan teruknya.

Sampai sekarang, beliau hanya menyerang musuh politik Azmin, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi hanya berdiam diri apabila terkena batang hidung Azmin dan sekutunya.

Masih ingat tak semasa kontroversi video Azmin di Sandakan? Perdana menteri ketika itu Dr Mahathir tampil mempertahankan Azmin dengan alasan yang agak munasabah. 

Kata Mahathir, mungkin suatu hari nanti dia sendiri akan muncul dalam video pornografi gara-gara teknologi canggih dan camera trick.

Terlalu kabur untuk dikenal pasti

Wajah mirip Azmin, mungkin "camera trick", secara teknikal terlalu kabur untuk dikenal pasti.

Akhirnya kes Azmin berkubur begitu sahaja kerana menurut polis, gambar pelakon dalam video itu terlalu kabur untuk dikenali pasti. Walaupun hero berwajah mirip Azmin, tetapi mungkin bukan Azmin.

Begitulah keadaan politik di Malaysia sekarang. Serangan hanya kepada musuh politik. Tiada keikhlasan berpolitik termasuklah mereka yang menggunakan jenama Islam. Termasuk jugalah yang sedang berkuasa sekarang. Sama sahaja. Seperti kata sebuah lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu. Kita serupa.....

Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, berganding dengan PAS dan Gerakan, di bawah payung gabungan Perikatan Nasional (PN). Pada masa ini, mereka berperanan sebagai pembangkang di Malaysia.

Jadi, kalau mereka mengkritik kerajaan yang kelihatan "semakin hari semakin terkhilaf" secara membina, apa salahnya. Malah itu yang diinginkan oleh rakyat.

Mungkin ada yang kurang yakin dengan kritikan pembangkang kerana mereka ini kerajaan terdahulu sehingga pernah dipanggil kerajaan gagal. Beri ruang sepuasnya pembangkang mengkritik kerajaan Madani kerana itulah tanggungjawab mereka.

Apapun, Permadu Malaysia menyokong penulisan yang menjurus kepada kepentingan negara dan rakyatnya. Sebuah artikel terbitan MalaysiaNow akan menyusuli selepas artikel ini disiarkan.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!