Hukum sebat pesalah khalwat depan orang ramai bukan ajaran Islam?


Seorang tokoh agamawan berkredibiliti berpendapat bantahan terhadap pelaksanaan hukuman sebat di khalayak hanyalah membantah kepada keputusan pemerintah, bukannya menentang ajaran Islam, 


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar, atasberkata disebabkan itu jangan ada pihak yang menganggap mereka yang tidak mahu pelaksanaan hukuman itu sama seperti tidak bersetuju dengan Islam.

"Adapun khalwat, tiada penetapan syarak menyuruh mereka disebat di khalayak ramai. Bahkan, menyebat kes seperti itu di khalayak ramai dibimbangi bercanggah dengan kehendak syarak yang menyuruh menutup keaiban peribadi individu.

"Maka, menyebat kesalahan khalwat di khalayak ramai bukan hukum Allah dan Rasul-Nya, ia hanyalah pilihan penguasa semata. Di bawah takzir yang juga ijtihad pemerintah berkemungkinan salah dan betul.

"Maka, membantah hukuman itu hanyalah membantah keputusan pemerintah, bukan membantah ajaran Islam. Jangan ada yang terlebih lajak menganggap orang tidak bersetuju dengan hukuman itu tidak bersetuju dengan Islam," Berita Harian memetik beliau sebagai berkata hari ini.

Sebelum ini terdapat beberapa pihak yang membantah pelaksanaan hukuman sebat di khalayak oleh Terengganu kerana menganggap ia tidak menghormati maruah manusia.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, dilaporkan berkata kerajaan negeri tetap akan melaksanakan hukuman itu kerana ia bukan hanya bertujuan untuk menghukum pesalah sebaliknya sebagai langkah untuk mendidik masyarakat selaras dengan prinsip maqasid syariah.

Semalam, seorang tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan khalwat berulang.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan dan pelaksanaan sebat dilakukan di luar penjara memandangkan ia adalah kesalahan ketiga dilakukan lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai hukuman sebat itu, Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza berkata, hukuman sebat tanpa mencederakan penzina memang terdapat dapat al-Quran dan al-Sunnah namun ia dilaksanakan dengan syarat dan peraturan yang sangat ketat.

"Kes itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi yang dipercayai menyaksikan kemaluan lelaki masuk ke dalam faraj perempuan terbabit.

"Dalam kata lain, hampir mustahil untuk kita menemui pasangan berzina membiarkan empat orang saksi menonton perzinaan mereka melainkan pasangan itu memang pejuang zina secara terbuka.

"Jika tidak, kes zina hanya boleh sabit dengan pengakuan yang berterusan oleh pelaku zina meminta dia dihukum sedangkan pihak mahkamah pula berusaha mengelakkan hukuman.

"Adapun qarinah (kaitan bukti) zina, itu banyak jalan keluar supaya tidak dihukum," katanya.

Secara kesimpulannya, beliau berkata agama Islam ini disifatkan sebagai anti gosip dan tidak suka pelaksanaan hukuman zina melainkan individu itu memang penzina tegar secara terang tanpa selindung atau dia sendiri benar-benar menuntut dirinya dihukum.

"Adapun penuduh orang lain zina tanpa bukti yang ditetapkan syarak, lebih mudah untuk disebat di khalayak ramai dibandingkan penzina sendiri.

"Jelas, Islam anti mulut celupar dan suka menjadikan dosa peribadi antara hamba dengan Allah semata sebagai bahan masyarakat. Pemerintah pula dituntut oleh Islam supaya menutup ruang dosa peribadi dijadikan bahan mainan rakyat. Banyak nas Islam dalam hal itu jika hendak dibahaskan," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!