Tokoh akademik cadang ganti menteri agama dan mufti WP

Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

RUU Mufti: Dr Abu Hafiz saran tukar mufti, menteri agama

Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, ahli akademik di Universiti Islam Antarabangsa

Seorang ahli akademik di Universiti Islam Antarabangsa menyarankan agar Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar, digantikan dengan tokoh lain bagi menangani isu kemelut Rang Undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 dapat ditangani dengan lebih baik.

Malah menurut Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, kerajaan juga perlu memberi pertimbangan kepada cadangan agar seorang tokoh yang "lebih baik" dipilih menduduki jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Mengulas mengenai kemelut berkenaan - yang sehingga kini belum menampakkan jalan keluar - Abu Hafiz berkata, semakin terserlah 'agenda' pihak yang memperjuangkan RUU tersebut.

Merujuk kepada petikal video pendek penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan megenai RUU berkenaan, Abu Hafiz berpendapat matlamat ia digubal bukanlah terhad kepada pemilihan mufti di negeri tersebut semata-mata.

"Alhamdulillah, maka benarlah apa yang kita dakwakan sebelum ini bahawa RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini tidak hanya bermaksud untuk pemilihan mufti dan timbalan mufti.

"Ia bakal dipaksakan ke atas tidak sahaja masyarakat Islam Wilayah Persekutuan tapi disebutkan seperti dalam transkrip ucapan itu, dalam negara ini.

"Ia juga mengesahkan, melalui RUU Mufti Wilayah Persekutuan - akan dengan secara langsung dan tidak - menganggap apa-apa aliran selain yang ingin ditakrifkan dalam RUU itu (al-Asha’irah dan al-Maturidiyah) sebagai sesat," Malaysiakini memetik Abu Hafiz sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam.

Encik Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan

Bunuh semangat Madani

Terdahulu tular rakaman wawancara ringkas memaparkan Mufti Wilayah Persekutuan, Encik Luqman Abdullah, menjelaskan mengapa RUU kontroversi itu menegaskan dua aliran saja untuk diiktiraf, iaitu Asha’irah dan al-Maturidiyah.

Antara lain Luqman berkata: “Jadi kalau kita katakan satu aliran, ia akan mengeluarkan aliran lain.

"Memang dari satu segi, ia mengeluarkan aliran lain yang sesat itu. Dan itu memang tujuan kita pun (iaitu) untuk memastikan tidak berlaku kemasukan aliran sesat ke dalam negara kita ini.”

Untuk rekod ada pihak beranggapan RUU tersebut sepatutnya tidak mengehadkan dua aliran saja untuk diterima dan ia perlu dilakukan untuk menunjukkan keterbukaan dasar negara dalam menguruskan agama.

Abu Hafiz berkata sikap ditunjukkan Luqman itu dizahirkan ketika kerajaan menekankan isu adab al-ikhtilaf (adab berbeza pandangan) namun pada masa sama ada pihak mahu mengkanunkan aliran lain yang muktamar sebagai sesat.

"Seruan dan harapan saya, ahli-ahli parlimen boleh membuat keputusan menolak RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini sekiranya pindaan-pindaan yang wajib dibuat (sebaliknya) kekal mahu dipaksakan untuk mereka luluskan.

"Permohonan saya kepada kepimpinan kerajaan Madani, khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, perlulah menimbang penggantian Mufti Wilayah Persekutuan yang lebih baik dan tidak seperti yang kita ada ketika ini.

"Seorang menteri agama yang lebih menyatukan juga amat diperlukan, bukan memecahkan seperti yang kita dapati dalam menguruskan polemik RUU ini.

"Pengekalan mereka bakal sedikit demi sedikit membunuh ruh gagasan Madani dalam ilmu yang diperkenalkan Anwar menjelang tahun kedua pelantikannya sebagai perdana menteri ke-10," katanya.

Untuk rekod juga, berita lebih dua tahun yang lalu, bertarikh 18 Januari 2022 terbitan Malaysiakini melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah pada masa itu, Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar, yang kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tampil membuat laporan polis "menafikan sekeras-kerasnya" dakwaan bahawa dirinya melakukan gangguan seksual seperti yang didakwa.

Sebelum itu, media tempatan termasuk Malaysiakini melaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan (dipercayai Na'im) selepas seorang wanita membuat laporan mendakwa dia menemui hakim terbabit dalam keadaan berbogel di atas katilnya pada tahun 2020.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!