Tindakan PKR terhadap Hassan Karim dijangka mengundang kebencian rakyat kepada Madani, lalu memungkinkan PH kalah teruk dalam PRU akan datang

Tidak syak lagi, tindakan PKR terhadap  seorang ahli Parlimen yang bersuara selari dengan aspirasi rakyat dijangka mengundang kebencian meluap-luap rakyat kepada kerajaan perpafuan Madani, lalu memungkinkan PH kalah teruk dalam PRU akan datang.

Ini kerana dia dilihat sebagai pemimpin dalam kerajaan yang paling berani menyuarakan pandangannya dengan jujur.

Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim berkata dia menghadapi dua tuduhan oleh Lembaga Dispilin PKR semalam berhubung tulisan di media sosial bertarikh 5 November lalu, yang kemudian dipetik pihak media.

Salah satunya, kata ahli veteran PKR itu, ialah tulisan yang didakwa menyentuh pemilikan saham Yang di-Pertuan Agong dalam pengendali rangkai 5G kedua negara, U-Mobile.

“Tuduhan pertama ialah saya mengkritik PMX (perdana menteri Anwar Ibrahim) kerana meneruskan amalan kroni kapitalisme dalam penganugerahan rangkaian kedua 5G kepada syarikat U-Mobile.

"Dengan itu saya telah memburukkan imej parti yang merupakan satu kesalahan disiplin dalam perlembagaan PKR.

“Tuduhan kedua ialah saya telah menyentuh Raja-raja Melayu apabila dalam tulisan saya telah mengaitkan institusi Yang Di-Pertuan Agong yang memiliki saham kedua terbesar dalam U-Mobile yang saya nyatakan dalam tulisan saya bahawa Perkara 34(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang Di-Pertuan Agong dilarang terlibat secara aktif di dalam perniagaan komersial walaupun saya tidak menyebut nama Yang Di-Pertuan Agung atau menyebut perkataan Yang Di-Pertuan Agong,” portal berkenaan memetik Hassan sebagai berkata.

Hassan berkata demikian mengulas pertemuan dengan Lembaga Disiplin PKR semalam.

Semalam, media melaporkan Hassan dituduh mencemarkan imej parti, mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan mengkritik kerajaan kerana "menyokong kapitalis kroni".

Sultan Ibrahim adalah pemegang saham kedua terbesar dalam U Mobile.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata, tindakan disiplin diambil terhadap Hassan susulan aduan yang diterima parti daripada beberapa ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mengulas lanjut, Hassan berkata dia disiasat selama sejam setengah oleh enam anggota Lembaga Disiplin PKR.

Selepas itu, kata Hassan, Lembaga Disiplin PKR akan membuat pendengaran hasil perbicaraan terbabit kepada Biro Politik PKR dan diserahkan kepada MPP PKR yang dipengerusikan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan nasibnya yang dijangka berlangsung pada 24 November ini.

Tambah Hassan dia juga berdepan tindakan diberi amaran keras, digantung keahlian parti atau dibuang dari parti.

Diminta mengulas lanjut tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya, Hassan berkata belum masanya untuk dia menjawab.Awal bulan ini, Hassan menerusi satu kenyataan di media sosial mendakwa kerajaan hari ini mulai terjebak dengan kesilapan membina kapitalis kroni.

“Kapitalis kroni di zaman PM Anwar Ibrahim agak luar biasa. Golongan ini tidak ramai tetapi amat menonjol.

“Golongan ini agak kebal dan tidak mudah disentuh kerana dilindungi oleh momokan undang-undang yang bernama 3R (Agama, kaum dan raja),” katanya.

Malaysiakini dilihat sebagai portal berita pro-Pakatan Harapan. Namun, sejak akhir-akhir ini, ia menunjukkan pendirian tidak sehaluan dengan gabungan itu. Dari satu segi, ini memperlihatkan dengan lantang kebebasannya mewakili keresahan majoriti rakyat.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar