Suasana pilu menyelubungi Chenor, Pahang

Sultan Pahang sendiri turut sama mencari mangsa

Akhirnya, mayat mangsa ditemui

“Saya nak itu sahaja (jumpa), sebab dia jatuh pada hari Ahad. Dah masuk tiga hari,”kata Nooradiwati Mohamed, 53 ketika ditemui, di Chenor,Maran, Pahang, hari ini bersama empat orang anaknya.

Bercerita lanjut, dia yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 19 berkata, mendapat perkhabaran mengenai kejadian malang yang menimpa suaminya kelmarin menerusi panggilan telefon daripada rakan anaknya.

Dia sedia maklum bahawa suaminya, Murdani Ab Rahman, 53, sering ke tempat kejadian untuk memancing bersama rakan-rakan, namun tidak menyangka sama sekali kejadian tersebut boleh berlaku.

"Saya reda, tapi saya harap walaubagaimanapun keadaannya (suami), dapat lah jumpa hari ini. Insya-Allah,” tambah Nooradiwati.

Lebih memilukan, ketika ditemubual, tiba-tiba dia mendapat perkhabaran awal mengenai penemuan jasad suaminya kira-kira 300 meter dari lokasi asal jatuh, tersangkut di sangkar ikan di kawasan tersebut.

Orang ramai mulai memenuhi Jeti Chenor ketika jenazah Cikgu Murdani dibawa naik untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai mengesahkan penemuan mayat Cikgu Murdani pada jam 12.45 tengah hari.

"Pengecaman sudah disahkan ahli keluarga. Maklumat lanjut berkenaan fakta kes akan dikongsi sebentar lagi,” katanya.

Kelmarin, seorang Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan, Chenor di sini, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang sewaktu memancing.

Menurut orang kampung yang menyaksikan kejadian itu, mangsa yang mesra disapa Sir Dani tergelincir ketika mengalihkan kerusi semasa berada di atas sebuah rumah rakit.

Mangsa dilihat tenggelam selepas terjatuh dan timbul sekejap sebelum terus hilang daripada pandangan. 


Sebahagian kandungan di dalam artikel ini dipetik Dari portal MalaysiaGazette.

Terima kasih kepada sahabat lama Saudara Raduan Harun kerana sudi berkongsi video.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar