Siapa pulak bekas pegawai Najib minta rasuah dari pendakwah di Kedah?

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang ditahan dan disiasat gara-gara disyaki ada penglibatan meminta suapan daripada seorang pendakwah berkonsepkan agamawan.

Seperti biasa, nama suspek tidak didedahkan kerana masih di peringkat siasatan dan belum didakwa.

Kalau pendakwah itu beri suapan, maknanya agamawan itu juga terlibat dengan rasuah.

Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pegawai khas bekas perdana Menteri itu berhubung dakwaan pembabitannya dalam kegiatan memeras ugut serta meminta suapan daripada seorang pendakwah bebas.

Penahanan terbaru itu hadir dua hari selepas SPRM menahan seorang penyokong kuat Najib dan dua individu lain yang disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada pendakwah berkenaan yang juga mudir sebuah maahad tahfiz di Kedah.

Bekas pegawai khas Najib itu ditahan kelmarin setelah hadir ke pejabat SPRM Alor Setar, Kedah untuk direkodkan keterangan.

Menurut sumber, dia bagaimanapun dibebaskan oleh SPRM pagi semalam selepas proses rakam keterangan selesai dijalankan.

"Dia ditahan ketika hadir untuk dirakam keterangan," Malaysiakini memetik satu sumber sebagai berkata.

Sumber tersebut menjelaskan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 6 November, Mahkamah Majistret Alor Setar membenarkan permohonan reman seorang penyokong kuat Najib yang juga aktivis politik bersama dua lagi individu kerana disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada pendakwah bebas.

Menurut sumber, penyokong kuat Najib itu dan salah seorang suspek ditahan di sebuah masjid di Bendong, Kedah kelmarin ketika didakwa mahu mengambil wang pendahuluan sebanyak RM20,000 daripada pendakwah terbabit.

Manakala seorang lagi suspek ditahan di lokasi berasingan pada hari sama.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!