Shah Rukh Khan hisap rokok 100 batang sehari, kini nekad "Tak Nak!"
100 batang bersamaan 5 kotak rokok
Di MUMBAI, India, bintang filem popular bertaraf dunia Datuk Shah Rukh Khan membuat pengumuman mengejutkan apabila mendedahkan bahawa dia telah berhenti merokok, demikian menurut portal berita India Today yang dipetik Agensi pada 3 November 2024.
Menurut akhbar Kosmo! yang turut menyiarkan berita itu, pelakon ikonik Bollywood itu sudah lama bersikap terbuka tentang tabiat merokoknya.
"Ada perkara yang baik, saya tidak merokok lagi kawan-kawan,” kata Shah Rukh kepada peminat pada majlis meraikan hari lahir ke-59 di rumahnya di Mumbai, pada Sabtu lalu.
Shah Rukh dengan isterinya, Gauri Khan. Gambar AFP |
“Dengan izin Allah, saya akan baik-baik sahaja,” katanya sambil menambah, dia akan segera menangani kesan sampingan akibat berhenti merokok.
Dalam temu bual bersama akhbar India Today pada 2011, Shah Rukh berkongsi butiran tentang gaya hidupnya.
Wajah Menteri Kesihatan yang kurang disenangi para perokok di Malaysia, sehingga Datuk Seri Najib pernah menegur: "Awak nak suruh orang merokok di tengah jalan?" |
“Saya menghisap kira-kira 100 batang rokok (sehari). Lupa hendak makan. Saya tidak banyak minum air,” katanya ketika itu.
Shah Rukh Khan dah berhenti, anda bila lagi?
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment