Resepi Ayah Saya

Hari ini saya rasa sangat penat. Letih dan lesu. Tidak tahu apa yang menenatkan. Mungkin inilah yang dinamakan faktor usia, kata seorang teman sejati.

Lepas solat Jumaat, saya baring di dalam bilik tidur di rumah. Terus terlena hingga penghujung Asar.

Lepas Isyak di masjid berdekatan, saya singgah di kedai runcit sambil memikirkan nak makan apa malam ini.

Ketika itulah saya teringat resepi masakan arwah ayah saya.

Tanpa berfikir panjang, saya membuat keputusan memasak sendiri untuk juadah makan malam.

Lalu saya beli satu plastik tiga potong kecil ikan tenggiri jeruk pada harga RM3.60 sahaja.

Sampai di rumah saya terus mula memasak.

Saya jerang nasi dengan segelas kecil beras. Apabila air dah menggelegak dan nasi hampir kering, saya kecilkan api. Masukkan dua ketul ikan tenggiri masin jeruk dan tutup periuk.

Resepi asal ayah saya sebenarnya ialah ikan takok masin, istilah Temerloh ikan selar kuning.

Kebetulan seseorang ada beri seplastik besar daun pegaga. Saya ambil sedikit, basuh, potong-potong dan masukkan ke dalam periuk nasi tadi bersama ikan tenggiri jeruk.

Untuk menambah lauk, saya ambil bawang kecil lalu dicincang sebagai ulam.

Wahh, makan malam kali ini sungguh istimewa dan mengenyangkan.

Saya tanya Zura sedap tak? Zura jawab sedap sangat.

Zura dah cuba. Anda bila lagi?



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!