Rafizi diminta cipta formula secepat mungkin atasi beras tempatan hilang di pasaran

Seorang individu yang mendakwa dirinya peminat Menteri Ekonomi Encik Rafizi Ramli meminta pakar formula itu mencipta formula secepat mungkin bagi mengatasi masalah beras tempatan hilang di pasaran, di mana masalah ini sudah berlarutan selama dua tahun.

"Walaupun sudah sangat terlambat, sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada tidak berubat apa-apa," kata peminat itu.

Beliau yang sedang berura-ura menubuhkan Kelab Peminat Rafizi Ramli berpandangan menteri selebriti itu seorang yang serba boleh dan mampu menyelesaikan berbagai masalah.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan hari ini Rafizi mengakui beliau dan isteri membeli barangan keperluan sendiri tanpa bantuan orang gaji.

"Saya tak ada orang gaji, jadi memang kami (saya dan isteri) beli sendiri semua termasuk makanan kucing untuk 19 ekor..

Menurutnya, orang ramai boleh membuat kritikan namun bukan semua menteri sekarang seperti dulu-dulu.

"Boleh je kritik, tapi bukan semua menteri sekarang macam menteri yang dulu-dulu," akhbar itu memetik Rafizi sebagai berkata menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, Rabu 20 November 2024.

Kenyataan tersebut dibuat bagi membalas hantaran warga maya yang mendakwa Rafizi tidak pernah membeli barang kerana mempunyai orang gaji.

Hantaran berkenaan turut mendakwa Rafizi tidak pernah mempunyai masalah wang dan tidak terasa dengan peningkatan harga barang.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan hanya empat barangan segar alami kenaikan 10 peratus dalam tempoh Julai 2024 berbanding Jun tahun ini berikutan mendengar keluhan di media sosial mendakwa harga barang semakin melambung meskipun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras dua peratus iaitu terendah sejak beberapa tahun ini.

Kata beliau, barang tersebut ialah betik biasa yang naik dari harga RM4.48 ke RM5.57 sekilogram (kg), manakala udang putih meningkat dari RM36.67 ke RM42.29 satu kg, oren valencia RM1.24 ke RM1.43 sebji dan jambu batu tanpa biji RM9.65 ke RM10.81 satu kg.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar