Pembangkang tak puas hati anak PM ikut rombongan ke luar negara

Seorang ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kos perjalanan bekas naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang dilihat turut berada dalam acara-acara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi di luar negara, baru-baru ini, laporan Malaysiakini.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanya sama ada keberadaan Nurul Izzah yang mewakili badan bukan kerajaan dalam lawatan itu ditanggung kerajaan atau sebaliknya.

"Apa kepentingan Social and Economic Research Initiative (Seri) yang diwakili anak perdana menteri itu? Ia bukan satu badan kerajaan. Jadi siapa tanggung kosnya?

"Kenapa peruntukan untuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dapat sangat sedikit tetapi untuk lawatan orang yang bukan ahli parlimen dan swasta boleh pula? Ini bukan satu tatakelola yang baik," katanya, semalam.

Terdahulu Anwar mengadakan lawatan rasminya ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 Nov sehingga 19 November lalu dan turut disertai Nurul Izzah dalam beberapan acara.

Dalam hantaran di Facebook 9 Novembet lalu, Nurul Izzah memaklumkan dia bertolak ke Mesir, Peru dan Brazil mewakili Seri bagi lawatan kerja.

Menurutnya, delegasi rasmi turut disertai para usahawan Malaysia yang sudah terkenal serta usahawan kecil dan sederhana (IKS) lain.

"Saya yang mewakili Seri akan bertemu dengan Third World Network (TWN) serta The Aga Khan Trust for Culture, Universiti Al-Azhar dengan penyertaan Think City."Kami akan cuba merangkum usaha organisasi bukan kerajaan yang sealiran bagi menyambut agenda negara-negara membangun, berkuasa tengah, dan mendukung solidariti ekonomi di antara negara-negara ini, bukannya persaingan sempit lagi sengit," katanya.

Selain itu dalam satu program di Peru, Nurul Izzah juga mewakili ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mengunjungi umat Islam di Masjid Mezquita de Magdalena Dei Mar, Peru.

Kelmarin, di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasmi ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.

Menurut presiden PKR itu, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.

Untuk rekod ketika PKR menjadi pembangkang, isu kos lawatan rasmi perdana menteri ketika itu (Najib Razak) antara perkara yang turut menjadi perhatian dalam proses semak imbang pentadbiran kerajaan.

Sementara itu, Wan Fayhsal berkata, Anwar sepatutnya menjelaskan lebih lanjut mengenai 80 peratus kos perjalanan ditanggung oleh pihak swasta itu.

"Perdana menteri kata 80 peratus ditanggung (pihak) swasta. Siapa dan apa kepentingan mereka? Satu lagi contoh tatakelola yang merosakkan.

"Apakah sah di sisi undang-undang?" soalnya lagi.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar