PAS sekadar bertanya, MB Pahang tak payahlah melenting macam orang buat salah

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

MB Pahang bertindak balas isu tuduhan kerajaan negeri jual tanah

Media melaporkan Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pasdec Holdings Berhad (Pasdec) dengan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (Petroluxe), 13 November lalu.

Datuk Andansura Rabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Penasihat Undang-Undang Negeri telah diminta untuk meneliti perkara itu sekiranya terdapat sebarang unsur fitnah, menghasut serta menimbulkan sangkaan jahat terhadap kerajaan negeri.

Menurutnya, perjanjian jual beli yang dimeterai antara Pasdec dengan Petroluxe untuk tanah seluas 23.96 hektar di Gebeng melibatkan tanah pajakan 99 tahun untuk kegunaan industri.

"Sebagai pemaju hartanah, Pasdec membangunkan bank tanah yang dimiliki sama ada secara sendiri, melalui usaha sama atau penjualan kepada pihak yang akan memajukan projek tertentu dan ianya merupakan urusniaga biasa bagi syarikat terbabit.

"Petroluxe pula akan membangunkan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia yang melibatkan pelaburan berjumlah kira-kira RM3 bilion di atas tanah tersebut.

"Sebagai pelabur, Petroluxe semestinya memerlukan jaminan guna pakai tapak loji penapisan tersebut secara berterusan dengan membeli tanah tanpa perlu menyewa untuk jangka masa yang terhad," katanya melalui kenyataan semalam, Sabtu 16 November 2024, seperti dipetik akhbar Sinar Harian.

Wan Rosdy berkata, menerusi perjanjian tersebut, Pasdec akan memperoleh kira-kira dua peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu dan tidak munasabah sekiranya Pasdec mempermodalkan tanah tersebut," katanya melalui kenyataan pada Sabtu bagi menjelaskan berhubung kenyataan Andansura yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah tersebut.

Wan Rosdy berkata, melalui hasil jualan tanah tersebut, Pasdec boleh mempercepatkan pembinaan projek-projek perumahan dan komersial yang sudah dalam perancangan.

"Projek-projek itu akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Pahang memiliki kediaman selesa pada harga yang berpatutan," katanya.

Jelas beliau lagi, Petroluxe adalah syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pemegang saham majoritinya, Unigrand Petroluxe Sdn Bhd justeru tidak wujud isu pemilikan syarikat asing secara terus seperti didakwa.

Syarikat itu juga sudah memperoleh kelulusan secara dasar daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mendirikan sebuah loji penapisan.

"Pelaburan itu bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang termasuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan, limpahan peluang perniagaan dan percambahan ekonomi hiliran," ujarnya.

Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Wan Rosdy turut menjelaskan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hanya untuk menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Saya berharap rakyat tidak terkeliru dengan permainan persepsi yang cuba ditimbulkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu seolah-olah Pasdec sewenang-wenangnya menjual tanah kepada pihak luar tanpa ada perancangan jangka masa panjang," ujarnya.

Kelmarin, Jumaat 15 November 2024, media melaporkan PAS mahu kerajaan negeri Pahang dan Pasdec Holdings Bhd (Pasdec) menjelaskan kepada rakyat berhubung jualan tanah di Harbour Park, dekat Gebeng, beberapa hari lepas kepada sebuah syarikat dari China.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, ini kerana butiran lengkap berkaitan transaksi berkenaan tidak didedahkan untuk diteliti dan rasional di sebalik keputusan menjual tanah seluas 23.96 hektar itu. 

"Saya minta kepada kerajaan negeri atau pihak Pasdec Holdings membuat pencerahan sedikit butiran transaksi itu, terutama sekali dari sudut pemilikan.  

"Adakah penjualan itu memberikan hak milik kekal kepada syarikat dari China atau hak milik sementara... sekiranya sementara, kena beritahu kepada rakyat sebab rakyat tertanya-tanya kerana penjualan tanah ini isu sensitif (tambahan) kepada syarikat luar.  

"Kalau hak milik sementara, berapa lama jangka waktu hak milik sementara itu," Malaysiakini memetik Andansura sebagai berkata dalam satu kenyataan kepada media di Kuantan, pada Jumaat 15 November.

Andansura yang juga Adun Beserah turut meminta penjelasan mengenai pelaburan yang akan dibuat oleh syarikat dari China yang membeli tanah berkenaan. 

Katanya, syarikat terbabit dikatakan akan melabur kira-kira RM3 bilion bagi membina kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia. 

"Sekiranya syarikat itu tidak jadi membina kilang atau tidak jadi membangunkan tanah tersebut dalam tempoh beberapa tahun, adakah tanah itu masih lagi menjadi hak milik syarikat terbabit? 

"Adakah sekatan (dikenakan) untuk menghalang mereka daripada menjual tanah itu kerana kita bimbang sekiranya pelaburan dijanjikan tidak berlaku, tanah kita telah terjual dan akhirnya syarikat itu dapat untung apabila mungkin menjual pula tanah tersebut kepada pihak ketiga dan sebagainya," jelasnya. 

Pasdec ketika majlis perjanjian jual beli tanah industri itu pada Selasa lalu, menyasarkan memperoleh pendapatan sebanyak RM73.4 juta menerusi perjanjian itu. 

Tanah industri berkenaan dijual kepada syarikat dari China - Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (Petroluxe) - yang merancang mendirikan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia.

Majlis itu dihadiri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail. 

Dalam perkembangan lain, Andansura turut menyuarakan kerisauan terhadap nasib tanah yang masih dimiliki Pasdec susulan penjualan tanah di Gebeng itu. 

Katanya, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Pahang, Pasdec perlu memainkan peranan dalam menjaga tanah diberikan kepada mereka. 

"Saya pernah bangkitkan isu berkaitan Pasdec di DUN Pahang antara tahun 2017 atau 2018 selepas pegangan saham dalam Pasdec yang sebelum ini dimiliki  Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dijual kepada syarikat swasta. 

"Banyak tanah masih dimiliki Pasdec dan saya bimbang jika ada lagi usaha untuk menjual tanah itu kepada orang luar," katanya lagi. 

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar