Paderi kena tikam hanya gelagat basi persendirian seorang individu

Encik Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura

Dipercayai bukan berunsur terorisme dari kumpulan tertentu, maka rakyat diharap tidak panik dan terus bertenang

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan sebentar tadi bahawa Perdana Menteri Singapura Encik Lawrence Wong menyeru orang ramai supaya kekal tenang dan bersatu padu susulan serangan pisau ke atas seorang paderi di Gereja St Joseph di Bukit Timah, semalam, Sabtu 9 November 2024.

Sambil menyatakan bahawa keganasan tidak mempunyai tempat di negara itu, beliau menggesa semua orang untuk menyokong satu sama lain dalam semangat keharmonian dan daya tahan.

“Sangat terkejut dan sedih mendengar bahawa seorang paderi, Father Christopher Lee telah ditikam di Gereja St Joseph semasa upacara misa. Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh.

“Paling penting, kita mesti menegakkan keselamatan dan kesucian rumah ibadat kita – tempat orang ramai mencari kedamaian, ketenangan dan komuniti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Wong yang juga menteri kewangan berkata beruntung beberapa anggota jemaah membantu melucutkan senjata penyerang sebelum suspek dapat menyebabkan lebih banyak kecederaan.

“Ramai jemaah terkejut dengan apa yang berlaku, dan saya berharap mereka pulih daripada peristiwa traumatik ini,” tambahnya.

Dalam kejadian itu, Lee seorang paderi di Gereja St Joseph, diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa meraikan misa pada 5.30 petang.

Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dengan rekod jenayah lampau mencederakan orang dan kesalahan berkaitan dadah kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek bertindak bersendirian dan serangan itu bukan tindakan keganasan.

Lee sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Nasional dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar