Bengang tidak dilantik, Maxis persoal mengapa kerajaan pilih U-Mobile
Itulah Maxis — yang turut memohon menjadi pengendali 5G kedua — dalam satu kenyataan kelmarin berkata ia akan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengetahui sebab ia diluluskan.
"Kami akan berhubung dengan SKMM untuk memahami rasional keputusan mereka dan kami akan mempertimbangkan pilihan kami selepas perbincangan dengan semua pihak berkepentingan," katanya.
Merujuk laporan dalam Bahasa Inggeris FMT, Malaysiakini melaporkan terdapat pakar industri yang meminta kerajaan menyatakan sebab ia memilih U Mobile.
SKMM tidak menyatakan perincian apabila mengumumkan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua pada Jumaat lepas, selain daripada menyatakan ia telah menjalankan proses dengan teliti merangkumi perbincangan terperinci mengenai aspek teknikal dan komersial dalam membuat keputusan itu.
SKMM juga berkata bahawa U Mobile boleh bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih lain dalam melancarkan rangkaiannya.
Menurut rekod syarikat yang diekstrak portal berkenaan semalam, salah seorang pemegang saham syarikat telekomunikasi itu ialah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar— Yang di-Pertuan Agong sekarang.
Sultan Ibrahim ialah pemegang saham kedua terbesar syarikat itu dengan 22.3 peratus kepentingan.
Pemegang saham terbesar ialah Straits Mobile Investments Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura dengan 48.3 peratus kepentingan.
Susulan pengumuman SKMM pada hari Jumaat lalu, U Mobile berkata ia akan mengurangkan pegangan saham asingnya kepada 20 peratus.
Ahli perniagaan dan pengerusi U Mobile Tan Sri Vincent Tan pula tidak lagi mempunyai kepentingan langsung dalam syarikat itu mengikut rekod walaupun syarikat lain yang terikat dengannya mempunyai saham iaitu U Telemedia Sdn Bhd (7.3 peratus) dan Berjaya Infrastructure Sdn Bhd (2 peratus).
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment