Mat Sabu sebaiknya letak jawatan segera — Gagal tangani beras tempatan hilang di pasaran

Sangat memalukan kerajaan Madani — seburuk-buruk kerajaan-kerajaan terdahulu, tak pernah berlaku beras tempatan yang membekal 60% keperluan domestik hilang di pasaran!

Media melaporkan semalam, Isnin 18 November 2024, seorang ahli parlimen kerajaan mendedahkan dia berasa aib apabila isu bekalan beras tempatan masih belum dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak yang berkenaan.

Mengecam krisis keyakinan itu sebagai kegagalan kerajaan menjelaskan keadaan sebenar, Encik Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, tidak ada makna apa-apa kepada rakyat sekali pun Putrajaya mengumumkan belanjawan beratus bilion ringgit untuk menguruskan bekalan beras tempatan.

"Saya nak tanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (yang) ada unit kawal selia padi dan beras, tapi sampai sekarang beras tempatan hampir tiada dalam pasaran.

"Saya petang semalam melihat di kawasan, ada beras import sahaja. Petani dan pesawah hasilkan padi, tapi hanya beras import paling banyak dijual di pasaran.

"Saya backbenchers (penyokong) kerajaan bukan dua bulan bukan minggu, tapi sudah dua tahun... tapi, masih tak selesai masalah ini.

"Malu saya sebagai ahli parlimen kerajaan," katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam, seperti dipetik Malaysiakini.

Hassan juga meminta kerajaan mengesahkan persepsi rakyat berhubung ketiadaan beras tempatan di pasaran sama ada ia benar-benar berlaku atau sebaliknya.

"Ada persepsi rakyat (begitu), kalau ya tolong kata ya, kalau tidak kata tidak. Adakah beras import yang dijual di kedai-kedai sebenarnya beras tempatan atau campuran separuh beras tempatan separuh beras import.

"Ini persepsi rakyat, jadi saya nak tanya unit kawalan ini ada diberi kuasa, apa unit ini buat?" katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa perdana menteri bakal mendedahkan kewujudan kartel padi dan beras yang telah meraih keuntungan begitu banyak apabila memonopoli komoditi tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Puan Fuziah Salleh, berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiapkan laporan mengenai perkara itu tetapi tidak dapat mendedahkannya buat masa ini.

"Laporan itu sudah siap dan saya sendiri tengok tetapi saya tidak boleh mendedahkan apa inti patinya. Saya tidak boleh mendahului perdana menteri.

"Kita tunggu perdana menteri dedahkan apa inti pati laporan itu," katanya, menurut portal Utusan Online.

Pada 11 November lalu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, membangkitkan isu mengenai harga beras tempatan pada masa ini yang dilihat terlalu rendah.

Menurut Mohamad, berdasarkan pandangan pemain industri, cabaran utama yang menyebabkan kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran adalah harga kawalan yang tidak kompetitif.

"Sejak 2008, harga siling beras putih tempatan telah ditetapkan RM2.60 sekilogram bagi memastikan rakyat mendapat beras pada harga yang berpatutan.

"Pada waktu itu, harga satu tan lebih kurang RM900. Sekarang yang ditetapkan RM1,300. Apakah nak kekal RM2.60?" katanya tanpa sebarang formula.

Selain itu, Mohamad berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyelaraskan harga padi di seluruh negara.

Rakyat tanya berapa lama nak tunggu.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar