Lawatan rasmi PM ditanggung swasta sama bahaya dengan PM tak ambil gaji

Sekali pandang, bila seorang perdana menteri tidak mengambil gaji dan berkhidmat secara percuma kepada rakyat dan negara, ia memberi gambaran bahawa bagus sungguh perdana menteri itu. Sanggup berkorban demi tanah air tercinta..

Dua kali pandang, bila perdana menteri itu terus hidup mewah seperti biasa, timbul pula persoalan, dari mana pula dia dapat duit. Maka tercetuslah spekulasi dia memperolehi pendapatan dari sumber lain yang mungkin jauh lebih lumayan. Akhirnya persepsi rasuah tidak dapat dielakkan.

Begitu juga dengan isu pihak swasta menanggung kos lawatan rasmi Dan rombongan. Macam kerajaan dah tak ada duit sangat hendak tanggung sendiri. Atau ada udang di sebalik mee.

Malaysiakini melaporkan pembangkang menyatakan kebimbangan terhadap tajaan besar pihak swasta terhadap lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara.

Mereka bimbang jika terdapat balasan perlu diberikan kepada penaja-penaja itu.

“Pengakuan perdana menteri di parlimen semalam juga mencetuskan tanda tanya dan keresahan awam sama ada bantuan kepada perdana menteri atau kerajaan adalah timbal balik kepada syarikat-syarikat tersebut di atas kesanggupan mereka menanggung kos lawatan rasmi perdana menteri bersama delegasi dan keluarga,” portal berkenaan memetik Ketua Pemuda Bersatu Encik Hilman Idham (gambar, bawah) sebagai berkata.

Dalam kenyataan hari ini, Hilman percaya SPRM boleh menyiasat perkara itu, yang disamakannya dengan kes rasuah bekas menteri pengangkutan Singapura S Iswaran, yang kini menjalani hukuman penjara.

Iswaran dihukum penjara setahun susulan menerima pelbagai hadiah mahal seperti tiket perlawanan bola sepak Liga Inggeris, Formula 1 Grand Prix, tiket persembahan teater muzikal di London serta tajaan jet peribadi.

Semalam, Anwar memberitahu Dewan Rakyat, kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanannya ke luar negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.

Katanya, syarikat itu antaraya Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan syarikat semikonduktor yang tidak dinamakan.

Anwar berkata, syarikat yang membantu membiayai kos perjalanannya mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air pula mengingatkan bahawa tiada apa yang benar-benar percuma dalam dunia ini.

“Persoalan yang timbul dan wajar ditanya oleh rakyat adalah: Apa yang syarikat-syarikat ini akan peroleh?

There is no such thing as a free lunch!” kata ketua penerangannya Encik Rafique Rashid (gambar, atas).

Pejuang juga mahu tahu kos sebenar perbelanjaan itu sama ada melibatkan tiket penerbangan saja atau termasuk hotel, penginapan dan makan minum?

“Adakah belanja ini hanya kepada perdana menteri atau jemaah rombongannya?

“Bagaimana pula dengan pegawai-pegawai awam, staf-staf pejabat perdana menteri, petugas-petugas keselamatan dan protokol?” soalnya.

Pejuang juga mendakwa tindakan itu melanggar pekeliling Perbendaharaan pada Disember 2022, bahawa tiada lagi pembiayaan syarikat swasta bagi lawatan ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan.

Selain isu tajaan, penglibatan anak perdana menteri Puan Nurul Izzah dalam lawatan itu turut dipersoal pembangkang.

Ahli parlimen Machang Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanya sama ada keberadaan Nurul Izzah yang mewakili NGO dalam lawatan itu ditanggung kerajaan atau sebaliknya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar