KPN zahir rasa marah polis disyaki curi barang kemas dari mayat wanita

Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara GAMBAR NSTP

Perasan marah, terkilan dan dukacita yang serius terserlah apabila pemimpin tertinggi kepolisan Malaysia menganggap tindakan mencuri barang kemas daripada jasad seorang wanita yang sudah tidak bernyawa adalah perlakuan tidak berperikemanusiaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas anggota yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Perbuatan ini sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja terbabit dalam jenayah seumpama ini.

"Peringatan ini bukan sahaja untuk semua pegawai dan anggota tetapi ia juga kepada diri saya," katanya seperti dipetik Harian Metro malam tadi.

Pegawai polis nombor satu negara itu berkata, beliau sudah mengarahkan satu siasatan yang telus dan teliti dijalankan berhubung kes itu.

Terdahulu media melaporkan empat anggota polis berusia lingkungan 28 ke 35 tahun ditahan di sekitar Setapak, di Kuala Lumpur selepas disyaki terbabit dengan kecurian itu.

Kesemua suspek berpangkat konstabel, lans koperal dan koperal itu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tangkapan itu susulan laporan akhbar ini berhubung usaha bapa mangsa yang mahukan keadilan buat anak perempuannya berusia 26 tahun yang ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir sebuah kondominium sekitar Setapak, 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dilapor berkata siasatan kes itu dibuka semula di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan selepas pada mulanya diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Polis turut merampas sekeping resit dan seketul logam berwarna kekuningan berat anggaran 11.52 gram.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!