Kantin Parlimen kotor — Teladan kurang menarik

Pak Tam Catering ditimpa musibah

Media melaporkan perkhidmatan pengendali kantin parlimen, Pak Tam Catering digantung selepas ia mendapat notis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 13 November 2024.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada sesi petang perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat jawatankuasa kelmarin.

Katanya, parlimen menyokong penuh langkah yang telah diambil oleh KKM mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala di kantin berkenaan.

"Parlimen Malaysia mengambil maklum tindakan KKM dalam penutupan kafe diaras satu bangunan parlimen yang dikendalikan oleh Pak Tam Catering Sdn Bhd untuk tujuan pembersihan dan beberapa penambahbaikan penyediaan makanan dan minuman.

"Parlimen Malaysia menyokong keputusan dan saranan KKM dan telah hentikan serta-merta perkhidmatan pengendalian Pak Tam Catering sehingga mendapat kelulusan daripada pihak KKM selanjutnya," katanya.

Johari memaklumkan perkara itu bagi menjawab perkara yang dibangkitkan Encik Lim Guan Eng (PH-Bagan) dan Encik Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung penutupan kantin berkenaan semalam.

KKM, pada 13 November, mengarahkan kantin di aras satu bangunan parlimen itu ditutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati ia tidak bersih.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar