Blog popular panggil Anwar "tin kosong" hilang dari carian Google?
Blog tersebut yang tidak mendedahkan identiti penulis dan pentadbirnya, sangat popular di kalangan pembaca yang cenderung mengikuti perkembangan politik semasa Malaysia.
Sepanjang penyiarannya, blog tersebut menunjukkan pendirian yang agak kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blog tersebut sebenarnya hanya mengumpul dan menyiarkan semula artikel-artikel popular dari sumber portal dan blog lain setiap hari.
Di bahagian tajuk, Malaysia Chronicle akan memberi komen ringkas terhadap artikel yang disiarkan.
Mereka sering memperkecilkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin sejak Anwar belum menjadi perdana menteri dan terus mengkritik Anwar selepas Ahli Parlimen Tambun itu memegang jawatan perdana menteri.
Semakan yang dilakukan Permadu Malaysia mendapati Malaysia Chronicle tiada lagi tersenarai di carian, namun sebuah akaun Facebook menggunakan nama sama didapati kurang aktif. Tidak dapat dipastikan sama ada akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan blog yang diminati ramai itu.
Tanpa prejudis, ia dipercayai sudah tidak beroperasi lagi.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment