Anwar anggap pengkritik "separuh gila"
Ini jawapan PM terhadap kontroversi syarikat swasta tanggung kos perjalanan delegasi kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kritikan terhadap kerajaan berhubung isu kos lawatan bersama delegasi dan syarikat swasta ke lima negara baru-baru ini, akhbar Sinar Harian melaporkan semalam.
Beliau berkata, segala prosedur dibuat secara bersih dan teratur, malah rombongan delegasi industri seperti Proton, Petronas, Sapura Energy, Top Glove, syarikat semikonduktor dan lain-lain juga membayar kos sendiri.
“Yang ikut (ke luar negara) rombongan syarikat swasta yang berpotensi untuk melabur atau mencari pelabur. Mereka bayar kos sendiri.
“Itu pun jadi salah? Jadi, di negara ini kalau kita layan sangat yang curi, sakau dan rompak itu dipuja-puja. Tetapi, kita cuba jalankan program cara bersih, dicerca.
“Ini dikatakan ‘zaman edan’ (separuh gila),” katanya.
Beliau dipetik berkata demikian ketika sesi Town Hall program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di ibu negara semalam, Sabtu 23 November 2024.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil memberitahu, kerajaan menjimatkan hampir RM1 juta melibatkan kos penerbangan sewaan khas pesawat MAS jenis Airbus A350 membawa Anwar dan delegasi rasmi ke China, Mesir, Arab Saudi, Peru serta Brazil.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menambah, pihaknya hanya membelanjakan sebanyak RM1.66 juta bersamaan 27 peratus dari kos keseluruhan, manakala selebihnya dibayar oleh delegasi perniagaan kira-kira RM4.5 juta iaitu 73 peratus.
Kos penerbangan sewaan khas pula sebanyak RM6.162 juta.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment