Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan bekas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Hussein Ahmad, 90, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Kampung Lemal di Pasir Mas, Kelantan, pagi tadi.

Cucunya, Encik Mohamad Radzuan Rosli, 34, berkata Allahyarham yang lebih dikenali sebagai "Hussein Serama" sudah sekian lama uzur dan menghidap penyakit Parkinson telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya pada jam 7 pagi.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas selepas solat Jumaat nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamad Radzuan berkata datuknya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lepas akibat sesak nafas.

Allahyarham Hussein yang mempunyai enam anak, lebih 30 cucu dan 20 cicit itu pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO selama 14 tahun dari 1982 hingga 1999, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1987 hingga 1990 dan Timbalan Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1982.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham menerusi hantaran di laman media sosial Facebook miliknya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!