Pengaruh aksi filem Tamil mungkin motif lelaki melompat atas beberapa kereta, lalu berlaku kemalangan

Tular video suspek sengaja meluru dan melompat ke atas beberapa kenderaan sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di sekitar Bandar Sungai Long, Kajang, Selasa lalu. Gambar PDRM

Siasatan awal menunjukkan suspek lelaki itu berstatus pendatang tanpa izin, bekerja sebagai pembersih tanpa permit

Polis sedang menyiasat motif lelaki melompat  ke atas beberapa buah kereta, lalu berlaku kemalangan.

Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai sengaja meluru dan melompat ke atas beberapa kenderaan yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di sekitar Bandar Sungai Long, Kajang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata suspek, yang juga pendatang tanpa izin, ditahan di sekitar kawasan sama pada 6 petang semalam.

Beliau berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 14 saat di laman Facebook milik “DashCam Malaysia” yang memaparkan insiden itu.

"Kejadian dipercayai berlaku pada 17 September lepas pada 11.53 pagi. Suspek yang hanya mengalami kecederaan ringan meninggalkan tempat kejadian sebelum butiran atau pengenalan diri sempat diperoleh.

“Dua kenderaan mengalami kerosakan akibat perbuatan lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan itu dan motif kejadian masih dalam siasatan,” menurutnya dalam kenyataan yang dipetik Bernama semalam.

Naazron berkata setakat ini, tahap kesihatan mental suspek belum dapat ditentukan manakala ujian air kencing lelaki itu didapati negatif.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan atau dengan denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamed Faeez Norzah di talian 013-266 3407 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan