Nasib baik bukan Fahmi Fadzil, maka kuranglah sedikit risiko PKR bungkus buat selamanya

Fuziah Salleh Setiausaha Agung PKR yang lebih meyakinkan

PKR selepas Anwar boleh menjadi parti politik yang terumbang-ambing

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru dilantik, Puan Fuziah Salleh merancang memperkukuh struktur parti dengan memberikan takrifan peranan secara jelas dalam barisan kepimpinannya, menekankan disiplin dan asas yang kukuh penting seiring kematangan parti.

Fuziah bercakap ketika ditemubual portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini, disiarkan portal berkenaan semalam.

“Sebagai parti yang berusia 25 tahun, asas yang dibina oleh akar umbi kita mesti mencerminkan disiplin,” katanya sambil mengiktiraf sumbangan aktivis daripada pelbagai latar belakang yang telah memperkayakan misi parti selama ini.

Kata Fuziah walaupun perjalanan parti bermula di jalanan namun intipati sebenar reformasi itu proses berterusan yang memerlukan komitmen daripada setiap ahli.

“Perubahan bermula dari setiap ahli. Kita mesti kekal setia kepada identiti parti dan tidak pernah malu dengan pendirian kita,” katanya menekankan nilai-nilai teras PKR perlu dikekalkan.

Fuziah juga berkata kepelbagaian menjadi asas identiti PKR sebagai parti reformis untuk semua rakyat Malaysia.

Fuziah juga berkata kepelbagaian menjadi asas identiti PKR sebagai parti reformis untuk semua rakyat Malaysia.

Dengan mendukung visi ini, dia percaya setiap ahli akan dapat menyumbang secara lebih berkesan kepada misi PKR. 

"Budaya parti kita mesti ada ciri tersendiri dan setiap orang harus mampu berkhidmat dengan kapasiti terbaik mereka, mencerminkan nilai-nilai kita sebagai parti reformis yang berbilang kaum," kata Fuziah.

Pada 15 September, Fuziah dilantik setiausaha agung PKR menggantikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Naib Presiden PKR Encik Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan Saifuddin melepaskan jawatan tersebut dan akan menumpukan khidmatnya sebagai Setiausaha Agung Pakatan Harapan.

Langkah itu sebahagian rombakan kepimpinan yang diputuskan oleh jawatankuasa pimpinan pusat PKR.

Latar belakang Fuziah

Selain peranan barunya sebagai setiausaha agung PKR, Fuziah seorang senator yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.

Beliau pernah menjadi ahli parlimen Kuantan selama tiga penggal serta timbalan menteri (hal ehwal agama) di Jabatan Perdana Menteri semasa pemerintahan PH dari 2018 hingga 2020.

Awal bulan ini, beliau menamatkan pengajian PhD dalam Pentadbiran Perniagaan di Asia e University, dengan tesis bertajuk 'Penerimaan Pengguna Terhadap Program Jualan Rahmah Mudah Alih ikhtiar Kerajaan di Malaysia'.

Fuziah mendapat ijazah sebagai kaunselor di University of Reading sebelum memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Wales.

Wanita berwajah tenang ini menyertai politik pada tahun 1999 dan bekerja sebagai kaunselor serta perunding latihan bebas sebelum menjadi ahli parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Selain itu, Fuziah turut mengasaskan Raudhatus Sakinah pada tahun 1997, sebuah rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang mengandung di luar nikah.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan