Nampaknya DAP semakin biadap, kata Exco Kerajaan Terengganu
Di KUALA TERENGGANU, satu saranan dibuat terhadap Ahli Parlimen DAP, Puan Teresa Kok, di mana beliau digesa menarik balik kenyataan berkait cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal.
Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Encik Hanafiah Mat berkata, Teresa didakwa bersikap biadab apabila meminta kerajaan mengkaji semula penguatkuasaan pensijilan halal dalam industri makanan.
"Teresa jangan kurang ajar, tarik segera dan mohon maaf kepada umat islam.
"Nampaknya DAP semakin biadap apabila menjadi sebahagian kerajaan walanon.
Tiada maaf bagimu, Teresa
"Tiada maaf bagimu yang mencampuri urusan agama islam dan saya mohon pihak berkuasa ambil tindakan kerana mencerca 3R," media arus perdana negeri Terengganu, TRDI memetik Hanafiah sebagai berkata ketika dihubungi pemberita.
Kelmarin, naib pengerusi DAP itu berkata pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.
Ahli Parlimen Seputeh berkata, ia dilihat menghalang kebebasan pilihan pengguna serta bertentangan semangat kepelbagaian budaya dalam negara malah mungkin memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Flashback
Tonton video 📸 :
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment