Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke China membawa erti yang mendalam

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan untuk meluangkan masa bertemu diaspora Malaysia di China.
Gambar dari FB Sultan Ibrahim

Di BEIJING, China, agensi berita rasmi Malaysia, Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan untuk meluangkan masa bertemu diaspora Malaysia di China.

Sultan Ibrahim yang sedang melakukan Lawatan Negara pertama Seri Paduka Baginda ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping bermula dari 19 hingga esok, berangkat pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di bandar raya itu pada 10 pagi.

Turut hadir Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.

Lebih 300 diaspora Malaysia yang hadir antaranya ahli perniagaan, penuntut universiti dan warga kedutaan Malaysia ke China.

Majlis santapan hampir sejam itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan tradisional negara China.

Agong berkenan luang masa bertemu diaspora Malaysia di China sempena lawatan baginda ke China bermula bermula 19 September hingga esok.
Gambar dari FB Sultan Ibrahim

Sebelum berangkat meninggalkan majlis Seri Paduka beramah mesra dan bersalaman dengan diaspora Malaysia.

Seri Paduka Baginda juga sempat bertanya khabar rakyat Malaysia di sini, yang teruja untuk bertentang mata dengan Ketua Utama Negara Malaysia.

Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong ini mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara Malaysia dengan China yang kian berkembang pesat, sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.

Lawatan Negara ini bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Yang di-Pertuan Agong ke China dalam tempoh 10 tahun, menandakan satu detik penting bagi kedua-dua negara yang merayakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.

Hari ini Sultan Ibrahim juga dijadual berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.

Seri Paduka Baginda dijadual berangkat pulang ke Malaysia esok.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan