Kerajaan Pahang hina Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangaaan

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di  upacara pelancaran Pahang Gold di Putrajaya semalam.
GAMBAR SINAR HARIAN

Penggunaan jenama Pahang Gold yang membawa erti Emas Pahang adalah terang-terangan satu penghinaan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangaaan.

Ini bercanggah dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar, atas) yang dilihat sentiasa memperkayakan nilai Bahasa Melayu di dalam ucapan dan penulisan beliau.

Apatah lagi jika ia satu perniagaan yang mensasarkan pasaran domestik.

Orang Pahang tidak mahu dilihat sebagai hipokrit apabila dalam masa sama semua papan tanda perniagaan di negeri itu diwajibkan teraan tulisan jawi.

Sebelum ini, Pahang juga mempunyai syarikat yang dikenali sebagai Royal Durian. Nasib baik juga istilah durian juga disebut sebagai Durian di dalam Bahasa Inggeris.

Tiada statistik setakat ini banyak mana durian telah berjaya dieksport ke luar negara menerusi jenama antarabangsa itu.

Semalam, media melaporkan Pahang mengorak langkah menerusi pelancaran jenama Pahang Gold dalam usaha meneroka pembuatan produk hiliran emas serta merancakkan ekonomi negeri.

Akhbar popular lagi berpengaruh melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai berkata, pelancaran jenama menerusi Pahang Gold Sdn Bhd itu sebagai langkah permulaan untuk menceburi pasaran emas di Malaysia.

Menurutnya, sebagai pemain baharu, Pahang Gold komited untuk memperkenalkan produk emas berkualiti tinggi serta mengukuhkan nama negeri itu sebagai pengeluar emas terkemuka.

“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk ‘’Merakyatkan Industri Emas’’ melalui penubuhan Pahang Gold bagi tujuan penerokaan baharu dalam industri hiliran emas.

"Ia sekali gus membuka peluang dalam sektor pembuatan dan pelaburan berasaskan sumber mineral emas,” kata beliau, seperti dipetik Sinar Harian, dalam ucapan perasmian di Hotel Everly Putrajaya sempena Persidangan S-GLC Pahang 2024 di wilayah pentadbiran kerajaan persekutuan itu, semalam, Sabtu, 21 September, 2024.

Ujarnya lagi, industri emas telah lama menjadi sebahagian daripada identiti dan kekayaan Pahang.

Jelasnya, dengan pelancaran jenama tersebut ia merupakan langkah ke arah era baru yang menjanjikan potensi besar.

“Syarikat ini bukan sahaja akan memacu ekonomi negeri, tetapi juga membuka peluang pekerjaan serta menambah nilai kepada produk emas tempatan.

"Saya berharap Pahang Gold akan menjadi simbol kebanggaan negeri dan peneraju dalam industri emas negara,” katanya.

Dalam majlis sama, laman web e-dagang rasmi Pahang Gold iaitu www.pahanggold.com turut diperkenalkan yang akan menjadi platform utama untuk pembelian dan pelaburan produk emas secara dalam talian.

Kewujudan laman web itu memudahkan pelanggan untuk memiliki emas berkualiti tinggi dari Pahang.

Untuk permulaan, Pahang Gold Sdn Bhd memperkenalkan tiga jenis koleksi emas iaitu Initial Edition, Core Collection dan Pahang Series yang divariasikan daripada berat emas 0.25 gram hingga ke 100 gram berupa bentuk jongkong emas; syiling emas; wafer dan dinar Pahang Gold.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan