Kalau bukan Tai-chi, adakah Anwar sedang menarik rambut dalam tepung?

Anwar beramah mesra dengan orang ramai selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Darussalam, Puchong, Selangor semalam.
GAMBAR KOSMO OLEH SHIDDIEQIIN ZON

Di PUCHONG, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kes seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) mendakwa dipukul oleh pegawai pengiring orang kenamaan (VVIP) tidak ditutup.

Anwar berkata, beliau meminta semua pihak memberi ruang secukupnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan sewajarnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Biarlah proses lakukan siasatan dan pihak polis mesti puas hati, Peguam Negara mesti puas hati dan ambil tindakan. Kes ini siapa kata tutup?

“Kadangkala proses ambil masa, tetapi (kes) ini memang menjadi perhatian. Saya secara peribadi mengambil tahu hal yang sedemikian sama ada kes melibatkan OKU atau bukan OKU,” akhbar Kosmo! memetik Anwar sebai berkata ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di Puchong semalam.

Anwar berkata, beliau namun mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum sebelum siasatan lengkap dan dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak bersetuju satu hal. Prinsip negara ini negara hukum. Betul, tetapi jangan hukum berdasarkan khabar angin atau persepsi.

“Saya nak ingatkan kadangkala kita menghukum sebelum tahu siasatan dan siasatan yang akan dirujuk kepada Peguam Negara yang akhirnya akan memutuskan untuk didakwa atau tidak berdasarkan fakta,” katanya.

Media tempatan pada Jun lalu melaporkan seramai 12 individu dirakam keterangan berhubung kes pemandu e-hailing OKU mendakwa dipukul seorang juruiring kenamaan pada 28 Mei 2024.

Antara individu yang sudah dirakam keterangan adalah mangsa, Orang Yang Di Syaki (OYDS) iaitu juruiring terbabit, pekerja hotel lokasi kejadian berlaku, anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota juruiring Pemangku Sultan Johor, rakan pengadu, doktor dan pengarah operasi Grab.

Media turut melaporkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai pemandu e-hailing terbabit didakwa diserang pengiring kepada rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan