Beri kontrak kepada anak menantu, pengurus syarikat Felcra dihukum penjara 7 tahun, denda lebih RM7 juta

GAMBAR HIASAN SEORANG KAWAN

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara setahun hingga tujuh tahun, menjadikan hukuman penjara berjumlah 68 tahun untuk semua 33 pertuduhan, tetapi tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Seorang pengurus pembangunan dipenjara tujuh tahun dan denda RM7,132,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 33 pertuduhan menggunakan kedudukan memberikan pelbagai kontrak pembekalan kepada menantu dan anaknya berjumlah RM1.64 juta.

Menurut agensi berita rasmi Malaysia, Bernama, Hakim Puan Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Pengurus Pembangunan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC), Encik Rohaizat Ahmad, 59, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Setelah mahkamah meneliti keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan tertuduh, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan ke atas pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama," katanya yang memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun hingga tujuh tahun, menjadikan keseluruhan hukuman penjara 68 tahun untuk semua 33 pertuduhan, namun lelaki itu hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dipenjara 644 bulan lagi, jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, Azura membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu, dengan syarat jaminan RM80,000 sebelum ini dikekalkan dan pembelaan perlu memfailkan rayuan dalam 14 hari dari tarikh jatuh hukum hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-16, Rozaihat didakwa menggunakan jawatan dan kedudukan sebagai pengarah urusan FTC untuk mendapatkan suapan bagi menantunya, dengan melantik Al Maisan Enterprise milik menantunya sebagai pembekal kepada FTC, antaranya peralatan elektronik, cenderahati, baju kurung, kemeja-T berkolar, selain pengendali program latihan kemahiran.

Bagi pertuduhan ke-17 hingga ke-33, bapa kepada enam anak itu didakwa menggunakan jawatan dan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan bagi anaknya, dengan melantik Hexa Tech Pride sebagai pembekal kepada FTC antaranya cenderahati korporat, telefon pintar, komputer riba, projektor, barangan elektronik dan konsultan program keusahawanan.

Semua pertuduhan melibatkan jumlah RM1,648,810.60 itu didakwa dilakukan di FTC, No 22 Jalan Rampai Niaga 4, Rampai Business Park di Kuala Lumpur antara 23 April 2014 hingga 29 Jun 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Puan Natrah Fareha Rahmat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun serta denda RM8,244,053 ke atas tertuduh.

Tertuduh memegang jawatan tinggi dalam syarikat tersebut, namun dia gagal menunjukkan contoh baik terhadap pegawai bawahannya dan orang awam. Hukuman dikenakan perlu setimpal supaya masyarakat tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang."

Peguam Encik Mohd Baharuddin Ahmad Kassim yang mewakili Rohaizat memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga, selain memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda, sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Seramai 40 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan, termasuk tertuduh memberi keterangan dalam perbicaraan kes bermula 9 Januari 2020.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan