Ada penjawat awam memohon untuk dibankrapkan kerana tak tahan beban hutang berpanjangan

Media melaporkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini membabitkan penjawat awam. 

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk M Bakri Abd Majid. GAMBAR BERNAMA

Jumlah penjawat awam bankrap meningkat dari tahun ke tahun

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Datuk M Bakri Abd Majid, dipetik akhbar Berita Harian sebagai berkata lebih membimbangkan data berkenaan menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun walaupun data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan.

Berdasarkan data terbuka Mdl, beliau berkata, statistik kebankrapan individu daripada sektor awam adalah sebanyak 12 peratus pada 2020, 2021 (10 peratus), 2022 (11 peratus), 2023 (13 peratus) dan 14 peratus setakat ini bagi tahun ini.

kosistem perkhidmatan awam terjejas

"Kegagalan pegawai awam menguruskan kewangan dengan baik bukan saja memberi kesan kepada individu dan keluarga, malah kepada ekosistem perkhidmatan awam.

Mencemarkan imej

"Bagi penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, tindakan tatatertib boleh diambil akibat keterhutangan yang serius selain mencemarkan imej perkhidmatan awam. 

"Ia sekali gus menjejaskan peluang kenaikan gaji dan pangkat selain kelayakan pembayaran bonus dan bantuan kewangan turut terjejas," katanya dalam kenyataan semalam. 

M Bakri menjelaskan, dalam sesetengah kes, terdapat juga penjawat awam yang memohon untuk membankrapkan diri sendiri bagi mengurangkan tekanan hutang yang berpanjangan. 

Ketua jabatan perlu memantau kelakuan suka berhutang?

Di pihak jabatan pula, beliau berkata, ketua jabatan seharusnya memantau tahap keberhutangan petugas di bawah selian masing-masing dan peka terhadap perubahan kelakuan mereka. 

"Tindakan pencegahan awal harus dijalankan dengan memperbanyakkan aktiviti berkaitan pengurusan kewangan peribadi dan jabatan juga boleh bekerjasama dengan pakar atau penasihat kewangan bertauliah bagi membincangkan hal berkaitan pengurusan kewangan," katanya. 

Mengundang gejala rasuah

Beliau menambah kegagalan Ketua Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya boleh mengundang gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam jabatan.

Mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji yang lebih baik, beliau berkata, biarpun ia melegakan keresahan penjawat awam, tidak kurang ada pihak yang bersedia 'menangguk di air keruh' untuk menawarkan pinjaman baharu yang 'tidak sihat' kepada penjawat awam yang lalai.

M Bakri berkata, 'kitaran jahat' berkenaan perlu dihentikan daripada terus merencatkan aliran tunai penjawat awam dan peranan semua pihak termasuk ketua jabatan amat diperlukan bagi mengekang masalah berkenaan.

Penjawat awam makin rajin selepas gaji naik

"Selaras dengan pengumuman gaji baharu, pekerja sektor awam dilihat telah menjanjikan perubahan cara kerja atau tahap produktiviti lebih baik, namun ia bukan sekadar dua perkara itu saja malah pemikiran juga perlu diubah," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan