Demi membela bekas boss @Bossku tersayang, Isham Jalil kelihatan seperti terjebak

Susah nak cari pemimpin genuine mencari kebenaran, bukan kemenangan. Tidak memihak, berani dan bebas. Tidak hanya menyerang kesalahan musuh politik, tetapi melindungi orang dalam kumpulan kamu yang melakukan kesalahan yang sama. Kita perlu lebih ramai pemimpin seperti Hassan Karim yang kelihatan lebih rasional.

Media tempatan hari ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Encik Isham Jalil, berhubung permohonan pendakwaan supaya beliau dikenakan hukuman penjara atau denda kerana menghina mahkamah.

Pendakwaan memfailkan permohonan itu pada 28 Disember tahun lalu secara ex-parte (sebelah pihak) susulan kenyataan Isham dalam satu temu bual bertajuk 'Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?'.

Rakaman temu bual yang menyentuh prosiding perbicaraan serta rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu disiarkan dalam laman Facebook 'The Malaya Post' pada 30 September tahun lalu.

Menurut Berita Harian, pada prosiding di Mahkamah Tinggi, hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Mustaffa P Kunyalam memaklumkan representasi Isham atau nama penuh Hizatul Isham Abdul Jalil pada 25 Mac lalu, ditolak AGC.

Berikutan itu, Hakim Datuk Noorin Badaruddin yang mendengar pengurusan kes permohonan berkenaan, hari ini, menetapkan tarikh 14 Oktober depan untuk mendengar permohonan pendakwaan supaya Isham dikenakan hukuman sewajarnya.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Timbalan Pendakwa Raya, Encik Ahmad Akram Gharib, dan peguam, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Isham.

Isham mengemukakan representasi kepada AGC bagi membuat permohonan maaf secara terbuka serta tidak bersyarat kepada Badan Kehakiman berhubung kenyataannya itu.

Pada 4 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan AGC untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Isham, supaya mahkamah memenjarakan atau mengenakan hukuman denda terhadapnya.

Peguam Negara mendakwa bahawa Isham dalam temu bual itu mempersoalkan perbicaraan serta rayuan membabitkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri, dalam kes berkaitan SRC International dan 1MDB.

Isham turut didakwa mempertikaikan proses pendengaran permohonan penarikan diri Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi serta proses rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi kes SRC International.

Peguam Negara mendakwa, perkataan yang diucapkan Isham mengaibkan Badan Kehakiman dan boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap institusi itu.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah