Al Ustaz Firdaus Wong dilapor disiasat berkaitan isu mengislamkan kanak-kanak secara rahsia

Antara agamawan selebriti, agamawan cari makan dan agamawan bertauliah dari penguasa agama negeri-negeri, abang pilih yang mana?

Media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah bebas berkonsepkan selebriti, Encik Firdaus Wong berhubung kenyataan yang didakwa boleh mencetuskan kacau ganggu awam.

Menurut laporan portal berita Malaysiakini semalam, peguam Encik Rajesh Nagarajan dan Encik Sachpreetraj Singh, yang mewakili pengerusi Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia, Encik Arun Dorasamy, mengesahkan pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan susulan laporan dibuat kumpulan itu.

NGO itu sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa Firdaus memuat naik video mengenai cara untuk mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.

“Sukacita dimaklumkan kepada orang ramai bahawa polis akhirnya membuka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong di bawah seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

"Kami berharap keadilan akan ditegakkan dan Firdaus Wong akan didakwa dan disabitkan kesalahannya terhadap masyarakat," kata kedua-dua peguam.

Seksyen 505(c) adalah berkait perbuatan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Awal bulan ini, Firdaus memuat naik video di TikTok yang memaparkan dia menjawab pertanyaan seorang lelaki yang bertanya apa perlu dilakukan apabila remaja bukan Islam di bawah umur mahu memeluk Islam.

Video TikTok itu menunjukkan pendakwah kontroversi itu mengadakan sesi soal jawab itu dalam sebuah majlis.

Untuk rekod, terdapat salah faham yang mendakwa soalan itu ditanya seorang guru, yang menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa pelajar bukan Islam di sekolah kebangsaan, sehingga membawa kepada gesaan untuk menghalang penceramah itu daripada memasuki sekolah.

Bagaimanapun, individu berkenaan bukan seorang guru sebaliknya merupakan seorang penulis dan pempengaruh TikTok.

Dia bertanya kepada Wong apa yang perlu dilakukan apabila remaja bukan Islam di bawah umur ingin memeluk agama Islam.

Wong didakwa sebagai berkata remaja berkenaan harus diterima memeluk Islam tetapi penukaran agama mereka tidak boleh didaftarkan atau diumumkan.

Beliau juga didakwa memberi nasihat tentang bagaimana remaja berkenaan boleh mengamalkan Islam secara rahsia supaya mereka boleh menyembunyikan perkara itu daripada orang lain.

Dalam isu berasingan, Firdaus Wong dilihat sebagai watak penting "pembongkaran" dakwaan skandal seks seorang lagi agamawan selebriti, Encik Ebit Lew, yang kini sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah di Tenom, Sabah.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan